Sunday 1 May 2011

semua orang tidak sangka yang saya kuat.

Assalammualaikum.
Tajuk di atas itu lain macam saje bunyinya kan? haaaa..jangan fikir yang bukan-bukan okey. hahaha.
Sebenarnya, cerita ini dah basi dah. Cerita dah lama. Tapi sebagai pengalaman dalam kehidupan, tak salah untuk saya kongsi kan? mana lah tahu, boleh jadi semangat untuk orang lain. Senyum :)

Apa kena mengena pengalaman dengan kuat ye? adakah saya dah minum kacip fatimah? hahahaha. Tidak sama sekali. Kuat disini bukanlah kuat dari segi itu ye. Apa "itu" itu? Tteeetttt!! hahahaha. Gelak lagi. Kuat yang saya nak ceritakan ini ialah kuat dari segi emosi. ( Tapi bergantung pada situasi juga ). haha.

minum ini kuat lain kot. :P


Hmmm..mesti anda semua tertanya-tanya, apalah yang budak perempuan tak berape nak comel ni nak cerita. Dari tadi asyik merapu saja. (saya memang kuat merapu.kelebihan saya kot? hehe). Sabar sayang-sayang sekalian. Okeh, kita mula bercerita. Baca baik-baik ye. Silent kan handphone anda.

Pengalaman yang lalu sangat-sangat mematangkan saya. (yeke sangat-sangat? macam tak berapa nak sangat saje) hehe. Pengalaman yang pernah kita lalui selalu menjadi inspirasi untuk kita teruskan hidup kita kan. Tapi, ada sesetengah orang yang tidak dapat menerima pengalaman lalu sebagai suatu pengalaman untuk mereka teruskan hidup, sebaliknya merasakan pengalaman itu terlalu pahit untuk mereka ingat. Pengalaman cinta biasanya sukar untuk semua orang terima sekiranya cinta itu berakhir dengan sebuah perpisahan. Lebih-lebih lagi perpisahan yang sangat menyakitkan.

Itulah yang saya nak ceritakan. (laaa, baru mukadimah saja) hahaha. 

Saya jua pernah mengalami perasaan, pengalaman seperti itu. Putus cinta. Hmmm,sangat sakit. Sakit dalam hati. Tapi, kalau orang tengok saya dari segi zahirnya, pasti ramai yang tidak percaya bahawa saya dapat melaluinya dengan baik ( walaupun kadang-kadang saya sendiri terasa lemah) sebab saya ini kecil, kurus dan lembik saja orangnya. Macam mana saya boleh lalui dengan baik? Sebab saya selalu fikir untuk orang lain. Fikirkan juga ada orang lain yang lebih teruk pengalamannya dari saya.
saya memang kurus, tapi tidaklah seperti ini. haha. :)


Tipulah kalau saya kata saya tidak menangis, saya tidak sedih, tipu itu semua. Saya juga menangis, meratapi perpisahan itu. Menyalahkan diri sendiri dan dia yang pernah bertakhta dihati saya. Setiap malam, saya juga merenung photo-photo kami ketika bersama, sebelum tidur mengingati kembali kenangan manis kami. Saya buat semua itu ketika perpisahan menerjah kehidupan saya dan dia yang pernah bertakhta di hati ini. Saya juga tidak kuat untuk menangkis semua itu pada awal perpisahan kami. Tapi percaya atau tidak, saya cuba untuk bangun, cuba kuatkan semangat saya, cuba untuk tidak meratapi perpisahan itu sebab saya juga yang rugi.
kalau saya kuat seperti ini. pasti tiada lelaki yang mahu bukan? haha
 

Apa yang buatkan saya kuat? Sebab saya ingat lagi kata-kata dia untuk saya. Dia kata saya lemah. Itu yang paling saya ingat sampai sekarang. Tapi, saya berterima kasih pada dia sebab kata-kata itulah yang buatkan saya kuat, lebih kuat dari yang dia sangka. Kuat sehingga dia yang pernah bertakhta di hati saya sendiri tidak mampu untuk merubah kembali perasaan saya. Kuat sehingga dia yang pernah membuatkan saya menangis, akhirnya menangis kembali hanya kerana saya, perempuan lemah yang pernah singgah di hatinya. Tapi, saya tiada niat untuk balas dendam, apatah lagi untuk melihat dia merana. Tidak! Saya bukan perempuan seperti itu. Saya sentisa mendoakan yang terbaik untuknya, mendoakan kebahagiaan dia, mendoakan ada insan yang terbaik untuknya. Semua itu saya zahirkan dalam doa-doa selepas solat. Dan yang penting, saya ikhlas mendoakannya.


Awak memang ada dalam hati saya, tapi bukan yang pertama.

Apa agaknya perasaan anda seandainya orang yang anda sayang dan cinta menyatakan hal itu kepada anda? Pasti sakit bukan?.

Tapi, biarlah sakit itu datang sekarang, daripada datang di hari kemudian. Saya bangga sangat dengan diri saya sebab saya dapat lalui semua ini dengan baik. Kuat. Hinggakan, dia sendiri pernah berkata kalau dia mempunyai kekuatan seperti saya, sudah pasti dia tidak seperti ini. Saya tersenyum riang ketika itu. Bukan kerana dendam, tapi kerana dia sedar diri akhirnya. Sedar yang saya bukanlah selemah yang dia sangka!


Cuba anda bayangkan kehidupan ibu tunggal. Tanpa suami. Bagaimana mereka boleh lalui kehidupan seperti itu? Peristiwa yang berlaku terhadap jiran saya yang kehilangan suami secara tiba-tiba ( suaminya meninggal tanpa sakit) membuatkan saya terfikir, kalau jiran saya tabah menghadapinya, mengapa tidak saya? Sedangkan saya belum ada apa-apa ikatan lagi dengan lelaki itu. Itulah yang menjadi kekuatan saya. Pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.

Saya juga sering dipersalahkan dalam segala hal yang berlaku.. Tapi, saya tidak pernah melenting. Saya lebih rela berdiam diri. Membiarkan semua orang menuding jari pada saya. Biarlah, hanya saya yang tahu sebab, dan mengapa semua ini berlaku.

Kenapa saya tak rasa bahagia dengan dia? Awak tak restui hubangan kami ke? 

Kenyataan ini sangat mengguris hati apatah lagi dari orang yang pernah kita sayang. Restu bukan dari saya, tapi dari ibu dan bapa dan juga dengan izin Allah.

Saya bukan nak mintak simpati atau apa, saya cuma nak berkongsi pengalaman ini pada semua yang dah ada pengalaman ini tapi masih belum dapat menerima hakikat. Marilah kita bangkit, biarkan pengalaman lalu menjadi kenangan paling indah dalam hidup kita. Yang penting, doakan kebahagiaan orang yang kita sayang, insyaAllah, kita jua akan bahagia. Ingatlah, segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Semua orang inginkan kebahagiaan, begitu juga saya. Semoga suatu hari nanti, saya temui lelaki yang baik dan ikhlas menyayangi saya hanya kerana Allah, insyaAllah.
hehehe. berkahwin dengan siapa?



nota : 1) tulisan berwarna pink itu mesej yang pernah saya dapat. sakit bukan?
         2) Sekarang ini, saya semakin okey. :)





+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment