Monday 30 May 2011

cukup

Saya nekad untuk tidak teruskan ini.
Cukuplah! 
Kita tak mungkin lagi akan seperti dulu.
Saya sedar itu semua.

Dunia kita pincang hanya kerana kesalahan yang sedikit;
Perasaan kita jauh hanya kerana kita tidak saling memahami.
Saya dan kamu memendam rasa,
Ego dan bongkak dengan rasa masing-masing,
Tidak seorang pun mahu mengalah.

Jadi,
Biarlah saya yang pergi,
Pergi jauh dari hidup dan perasaan kita,
Jauh dari rasa yang pernah kamu semaikan,
Benih rasa itu tidak akan tumbuh.
Kontang, kemarau, jangan disalahkan.

Kita sendiri yang tidak mampu meneruskan,
Hanya kerana kita terlalu ego.
Jangan di salahkan prasangka prejudis,
Jangan di salahkan hati saya,
Jangan di salahkan apa pun.
Biarlah rasa sayang ini terus terpahat di sanubari,
Andai kamu tidak mempercayainya..
Saya pasrah.

Dan,
Terima kasih untuk segala apa yang telah kamu berikan,
Terima kasih untuk kasih yang pernah singgah,
Terima kasih untuk sayang yang pernah bertaut,
Terima kasih untuk cinta yang pernah hadir,
Terima kasih.

Kamu,
Andai rindu ini tidak lagi untukmu,
Andai rasa ini bukan lagi buatmu,
Jangan kamu salahkan diri,
Anggaplah jodoh antara kita memang tiada.
Janganlah kamu mencari lagi,
Jangan kamu merayu lagi,
Jangan cuba menitipkan perasaan itu lagi,
Kerana kita tak mungkin bersama lagi.
Saya sudah penat meyakinkan.
Cukuplah.... 


Tak semua harus memiliki dan dimiliki. :)


Nota : Allah tidak pernah mengurniakan kita pasangan yang salah. Tetapi, kita yang menjadi pasangan yang salah.


+ raHsia teTap rahSia +


.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment