Wednesday 11 May 2011

Nak cari yang terbaik, tapi diri sendiri pun tak boleh jadi yang terbaik.

Assalammualaikum.

Sedarkah kita bahawa tidak ada satu pun manusia di dunia ini yang terlalu sempurna sifatnya?
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada orang pandai nyanyi tapi tak pandai berlakon. Ada orang pandai matematik, tapi tak pandai sejarah. Masing-masing ada bakat tersendiri. Termasuklah sifat-sifat yang ada pada diri seseorang itu.

Tak nak melalut atau merepek panjang-panjang. Cuma nak cerita satu kisah benar. Aip? Semua kisah benar? Dah tu, takkan kisah tipu pulak. Hehehe.

Watak : A-saya    B-kawan saya (lelaki)

B : Oit A, termenung nampak.
A : Bukanlah. Tak nampak ni banyak kerja. Ni datang tempat aku ni mesti ada apa-apa ni.
B : Haha. Laa, saje datang nak jenguk tak boleh ke?
A : Ko nak hantar kad kahwin kat aku ke?
B : Ish mane ada. Aku single lagi.
A : Single? Pelissss! Ko jangan nak tipulah. Aku tahu kisah kau dan dia. Orang bilik bawah kan?
B : (Muka terkejut) Mane ada.
A : Tak payah la nak nafikan. Aku dah tahu. Dah heboh pun satu sekolah.
B : Takdelah. Aku dengan dia biasa-biasa saja.
A : Eh ko! Aku dengar dah tahap serius hubungan korang. Tak baik tipu. Tak baik buat anak dara orang camtu!
B : Haha. Aku biasa-biasa saja. Aku nak cari yang terbaik. Salah ke?
A : Lepas tu, ko ingat dia tu apa? Ko bagi harapan, lepas tu, ko cakap macam ni pula.
B : Aku nak kat ko, ko tak nak. Ko nak cakap macam ni pula. 
A : Bila masa pula? Ko jangan nak cakap bukan-bukan.

Itulah manusia.
Kenapa mesti nak cari yang terbaik sedangkan diri sendiri pun tak mampu jadi yang baik. Sekarang ni, si A dah temui seseorang yang kononnya dapat memberikan dia cinta sejati. Cinta yang sepatutnya berhak diberi kepada kekasih hatinya. Saya bukan cemburu atau apa, saya cuma tak suka bila dia cakap "terbaik". 
Memang betul, semua orang inginkan seperti itu, tapi sila cermin dulu diri sendiri!

Jangan bercakap soal hati dan perasaan kalau diri sendiri pun tak mengerti apa itu hati dan perasaan.
Hati dan perasaan bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang di sekeliling kita juga.

Nota :
  • Saya harap saya tak seperti dia. InsyaAllah. 
  • Saya harap saya tidak mempermain perasaan orang dan saya harap, orang pun tidak mempermain perasaan saya.
  • Tidak semua manusia sempurna. Ada yang muka cantik, hensem, tapi akal tak boleh pakai. 
  • Cinta pada Allah yang akan kekal lama.


+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment