Tuesday 17 May 2011

Bercinta Bagai nak rak, berkahwin dengan orang lain.

Assalammualaikum.

Hmmm. Baru-baru ini dapat surat saman. Suspen. Undangan kahwin laa. Dapat kad kahwin.
Dan, terkejutnya, (takdelah terkejut sangat). Hehehe. Bila terbaca nama di kad itu, saya macam kenal dengan lelaki itu. Ya, memang saya kenal. Tapi masa saya kenal dia sedang bercinta dengan kawan saya. Tapi, kahwin dengan orang lain. Huhuhu.

Betul la.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Nampak seperti saya tenang saja kan? Ya, memang saya tenang sebab saya sedar itu semua. Pengalaman mendewasakan manusia.

Berpegang pada ungkapan "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan" menjadikan diri ini kuat dan yakin dengan segala ketentuan. Redha. Cukuplah.

Jadi, kepada yang sedang bercinta, cintailah orang itu sekadarnya sahaja sebab dikhuatiri kita akan membenci orang itu. Dan itu lebih parah.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. (al-Hadis).

Perjalanan kita sebagai manusia masih jauh. Jadi berilah yang terbaik. Jangan sedih :)


+rahSia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

2 comments:

  1. betul, betul....bersederhana itu lebih penting. kita tak tau apa akan jadi di masa depan. macam2 boleh jadi. kita hanya mampu merancang, Tuhan jua penentu segala perancangan kita.

    ReplyDelete
  2. betul tu cik kusyen kaler merah :)
    semuanya kt dunia ni hanya pinjaman semata-mata.
    semua milik Allah :)

    ReplyDelete