Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.
Entri kali ini, saya khaskan untuk mak saya. Err..mak saya tak baca pun. Bukan apa, mak tak pandai nak guna internet. Hehe..

Apa-apa pun. pagi tadi saya dah pun meng'wish' hari ibu kepada mak saya. Siap berebut-rebut dengan kakak siapa yang lebih dulu wish kat mak. Tapi, saya sedih sangat sebab, sekarang ini, saya tiada di sisi mak saya. Masa saya telefon mak saya, saya tahu dia sedih sebab anak-anak jauh dari dia. Tapi, kerana doa mak stiap masa untuk kami, kami sentiasa dapat rasa yang mak sentiasa ada disisi untuk kami adik-beradik.

keluarga bahagia pemangkin kesejahteraan ummah. :)


Mak, saya sayangkan mak.

Mak telah bersusah payah, bertarung nyawa untuk melahirkan saya. Tapi, mak tak pernah rasa susah. Mak kata, mak bangga sebab dapat lahirkan saya yang comel. ( saya comel jugak). Hehehe. Ingat lagi mak cerita
yang saya dah terlebih hari duduk bertapa dalam perut mak tak nak keluar-keluar. Hehehe. Bila dah keluar, tak nak minum susu pula. Mak dah keluar hospital, saya masih lagi duduk dalam hospital. Siap masuk dalam kotak warna hijau lagi. Hehehe. Mak kata, lepas seminggu kat hospital, barulah saya boleh keluar. Dari kecil dah nampak degil kan? Sampai dah besar, dah boleh kahwin, pun saya masih degil. Tapi, saya baik. ngeee~


Saya masa kecil-kecil memang budak yang nakal. Tapi nakal budak dulu-dulu lain. Perangai tak usah cakapla, macam tomboy. Hehehe. Mak bising juga sebab perangai macam budak lelaki. Tapi mak tak pernah
pun rasa susah mendidik saya.

Emm..tak dapat bayangkan kalau mak tiada kat sisi. Bila berjauhan macam sekarang pun dah terasa sangat sedih.

Mak, terima kasih mak. Segala pengorbanan mak tak mungkin dapat saya balas. Kalaupun saya berharta, berpangkat dan berkuasa, tak akan dapat saya tebus dan balas pengorbanan mak dan abah kerana pengorbanan mak dan abah tidak ternilai. Lebih berharga dari emas, berlian. Dari kecil sampai lah saya dah dewasa, dah berjaya, semuanya kerana mak dan abah. Doa mak dan abah sentiasa mengiringi kehidupan saya. Bersyukur kepada Allah kerana saya mempunyai mak dan abah yang tiada tandingannya.

Kalau hendak diceritakan bertapa banyaknya pengorbanan mak dan abah, memang tak akan habis. Saya percaya semua anak-anak yang baik, yang mengingati ibu dan ayah mereka akan dapat rasai bahawa setiap pengorbanan ibu dan ayah mereka  tak akan dapat dibalas. Jasa ibu dan ayah kita tak akan dapat dibalas dengan harta. Apa yang patut kita lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita, dan memberikan kasih sayang yang tidak terhingga untuk mereka.

doakanlah kesejahteraan untuk kedua ibu dan bapa. itu lebih baik. :)


Mak..Abah..
Adik sayang mak dan abah. Sangat-sangat!!!!

Ya Tuhan. Kau kurniakan RahmatMu dan berilah kesejahteraan yang berpanjangan untuk kedua ibu bapa ku. Amin.



+ raHsia teTap RahSiA +
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment