Saturday 14 May 2011

Saya nak awak pula macam nak tak nak. Saya tahu awak marah sebab masa awak nak, saya yang tak nak.


Assalammualaikum.
Panjang sungguh tajuk entri kali ini. Huhuhu. Adakah ceritanya panjang? Tunggu, Lihat dan Baca lah. =)

Seringkali kita dengar ungkapan ' Hargailah orang di sekeliling kita, yang menyayangi kita sementara dia masih ada sebab, bila dia dah tak ada, barulah kita sedar betapa pentingnya dia pada kita'
Ungkapan ini sangatlah sesuai dengan tajuk entri. Hahaha. Siapa makan cili dia terasa pedas. Patutlah sekarang saya rasa pedas je sebab baru lepas makan cili. Ngehngehngeh~

Saya menulis ini bukan untuk saya seorang. tapi juga mewakili semua, yang seangkatan dengannya, yang mengalami pengalaman sebegini rupa. Sungguh dahsyat.

Pengalaman lalu selalunya menjadi tunjang untuk kita melalui masa-masa depan yang belum tentu lagi nampak hasilnya.

Bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman yang mengecewakan, pastinya dia akan menjadi seorang yang terlalu berhati-hati. Pendek kata, seolah-olah keras hati. Hati akan menjadi beku, tapi tidak semestinya akan sentiasa beku sepanjang masa, ada masa cair juga. Tapi yang pastinya, cuma memerlukan sedikit masa untuk menerima sesuatu, bukannya menolak bulat-bulat. Barangkali waktu itu, belum mampu untuk membuat keputusan, maka, di beriya jawapan yang dianggap seperti 'saya tak mahu', 'saya tak suka' dan macam-macam lagi. Maklumlah manusia. Seperti yang pernah saya katakan, tak semua manusia itu sempurna.

Sebenarnya, kita semua perlukan masa dan ruang untuk menerima suatu keadaan baru.
Bila saya kata, 'boleh tak bagi saya masa' maksudnya saya minta awak tunggu saya.
Bila saya kata, 'boleh tak awak tunggu saya' maksudnya saya dah pun bagi jawapan pada awak. Cuma nak awak faham yang saya perlu masa, masa untuk saya bersama awak.
Bila saya kata, 'sanggup tak awak tunggu saya' see, saya dah pun bagitahu awak yang saya perlu awak,cuma saya nak awak sentiasa ada untuk saya.
Tapi, itulah. Manusia suka buat spekulasi tanpa inginkan penjelasan.

Dan sekarang, bila dia diperlukan, dia pula yang buat-buat tak tahu.
Senyum.
Marah dan balas dendam?
Tidak kisah kerana diri ini bukanlah seorang yang lemah seperti dulu. Tidak mengharap dan tidak jua memberi harapan secara terang-terangan ( kalau beri harapan secara terang mesti dia dah faham). Hehehe.

Tapi, nak juga cakap yang ' Hargailah orang yang menyayangi kita'.

Dulu awak nak saya tapi saya tak nak. Sekarang saya dah nak awak, awak pulak tak nak. Lepas ni, saya dah tak nak lagi. Kalau awak nak juga, pandai-pandai lah!

Saya tak pernah berharap dan tak juga memberi harapan. So, kita seri =)

Nota : Jangan merayu-rayu atau apa.



+raHsia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment