Sunday 27 March 2011

risau..

dah lama tak tulis kat blog. hmmm, tadi dapat berita yang sangat merisaukan saya. saya asyik terfikirkan dia aje. tibe-tibe saya rasa sedih yang amat sgt. moga-moga dia selamat. saya sedar yang saya masih sayangkan dia. tersangat sayang sampai saya menutup hati nie utk org lain hanya kerana dia. saya tau, nmpk cm bodoh kn. tapi itulah hakikatnya. susah untuk melupakan orang yang saya sayang. dan,saya taknak terima org len atas dasar simpati. terima kerana terpaksa. mulut kate ya, tapi hati kata tidak. akhirnya dua-dua merana.

awak..MNN, saya sangat sayangkan. sampai bila-bila pun awak tetap di hati saya. ye, saya pernah ckp yg awk xkn dpt tgk muka saya, xkn dpt dgr suara saye, tapi, sy nk awak tau, yg hati sy cuma utk awak. saya buat semua tu sbb saye nak awak bhgia. bahagia dgn pilihan yg awak buat. bila awak bahagia, saya pun akan rasa bahagia...

saya sayang awak MNN.


~ raHsia TetAp RahSia ~
.:: What comes is better than what came before ::.

Saturday 19 March 2011

terkenang~~

hmmm..tetibe..mlm2 mcm nie..saye terkenang cerita lama..sedihnyeee... :(
kalau lah masa tu blh di ulang, saya tak nak pun ade kenangan itu..
rase rindu yg teramat sgt..lagi2 bile dengar lagu nie..


lagu nie..mengingatkan saya pada seseorang..

+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

..semaniS kOpi maSin..

  " Cik, tolong bagi garam"

     Suasana di Cafe Tombirou sunyi seketika. Permintaan Azarul Amir meminta garam untuk kopinya menimbulkan tanda tanya kepada para pelanggan di situ.

     Pelayan itu kaget. Garam hendak letak dalam kopi? Namun, dia segera mendapatkan garam yang diminta, bimbang pelanggannya akan mengamuk.

     "Peliknya citarasa awak" tanya Iman Khaliesah memecah kesunyian yang penuh tanda tanya itu.

     Amir hanya tersenyum sumbing. Rasa tebal mukanya ketika itu kerana menahan malu. Sebenarnya dia mahu meminta gula, dek terlalu cemas dia tersalah cakap kepada pelayan kerana hatinya berdebar, tika kali pertama bersua dengan gadis itu. Oleh sebab mahu menutup malunya, dia masukkan juga garam ke dalam kopinya.

     Amir mengenali Iman melalui teman rapatnya dan ia merupakan pertemuan pertama mereka. Amir telah lama memendam perasaannya terhadap Iman. Dia berharap perkenalan itu akan menghasilkan bunga-bunga cinta.

    "Awak, tak masin ke kopi tu?" ujar Iman pelik melihat tabiat jejaka di hadapannya itu.

    "Er..masin." Amir ligat mencari idea untuk menutup rasa malunya itu.

    "Sebenarnya ketika kecil dahulu saya tinggal bersama atuk dan opah. Rumah kami berdekatan dengan pantai, kehidupan kami begitu susah pada masa itu. Pernah kami tiada duit untuk membeli gula. Kalau opah ingin membuat air kopi dia masukkan garam sebagai penambah perasa. Apabila minum kopi masin, ia mengingatkan saya kepada mereka."

    "Atuk dan opah awak sekarang di mana?"

    "Mereka sudah meninggal dunia." Iman kagum dengan sifat Amir. Sepanjang hidupnya, dia tidak pernah lagi bertemu dengan lelaki yang begitu sentimental.

    "Atuk,opah maafkan Amir." Amir bermonolog sendirian. Rasa bersalah menyelubungi diri kerana membabitkan atuk dan opahnya dalam penipuan untuk menutup malunya.

Kasih Bertaut

     Semenjak pertemuan itu, hubungan Amir dan Iman semakin rapat. Mereka saling bertukar cerita, berkongsi minat dan sering meluangkan masa bersama. Terhasil sudah ikatan kasih seperti yang diimpikan oleh Amir. Selepas setahun mereka menyulam kasih, akhirnya hubungan mereka sah disisi Islam dengan ikatan perkahwinan.

     Pertemuan pertama kali itu membuatkan Iman tidak pernah melupakan kegemaran Amir. Kopi masin sesuatu yang unik. Kerana kesukaan Amir yang pelik itu mereka bersatu. Oleh itu, jika Amir mahu meminum kopi, Iman tidak pernah lupa untuk meletakkan garam dalam kopi tersebut.

     Walaupun Amir dan Iman telah berkahwin, Amir masih tidak menceritakan perkara sebenar kepada Iman. Bukan sahaja kerana ego, tetapi dia juga malu untuk mengaku. Jadi, jika Iman membuat kopi yang masin, Amir tetap akan meminumnya.

     Walau masin macam mana masin sekalipun kopi yang Iman buat, Amir pasti merasai manisnya. Disebabkan kopi masin itulah dia berjaya mendapatkan puteri impiannya.

     Setelah 40 tahun hidup bersama, Amir masih tidak berterus-terang. Akibatnya, dia menghidap penyakit darah tinggi dan sakit jantung di peringkat yang serius. Kadangkala Amir tergelak sendiri kerana penyakit darah tingginya itu berpunca daripada kopi masin yang diminumnya.

Tinggal Kenangan

    "Ibu, ibu menung apa? Dahlah, jangan sedih-sedih lagi. Kita doakan kesejahteraan abah di sana." Tegur Ilham Aiman, anak sulungnya mematikan lamunan Iman. Ilham tahu, ibunya masih mengingati abahnya meskipun sudah lima tahun pemergian arwah bapanya. Ilham ternampak surat di tangan ibunya. Semenjak pemergian abahnya, ibu selalu membaca surat itu. Sedikit sebanyak timbul tanda tanya di benak Ilham.

    "Surat abah ya,bu?"
    "Ha'ah...bacalah."

Ke hadapan isteri yang ku sayangi, Iman Khaliesah. Detik bersamamu amat bermakna bagiku. Pahit manis kehidupan sama di rasa. Kiranya daku pernah menyakitimu, maafkan daku. Disini ingin ku akui sepanjang kita hidup bersama, tidak pernah kau ku bohongi. Cuma satu sahaja...Kopi masin tidaklah ku gemari. Tidak pernah kau ku maklumi. Tidak sampai hati untuk ku tidak mengiakannya dek peristiwa itu ia menyatukan kita berdua. Pernyataan ku hari itu, hanya menutup rasa malu dan perasaan gemuruh ketika pertama kali menatap wajah jelitamu. Namun kini, tika warkah ini di tanganmu, ku sudah tiada lagi di sisimu. Tidaklah malu untuk ku akui. Maafkan abang kerana berahsia.
Yang menyayangimu,
Suamimu
Azarul Amir.

     Ilham tersenyum. Sayang sungguh abah terhadap ibu. Ketika dia ingin menghirup kopi yang disediakan oleh ibunya itu. Ilham bertanya.
    "Ibu, macam mana rasa kopi masin tu?"

    "Manis sangat".
     Ucap Iman sekali lagi mengimbau kenangan pertemuan kali pertama bersama suami tersayang.




p/s : * bestkan cerita ni..terharu sangat-sangat masa baca..*

Nota : cerpen ini adalah hasil nukilan Siti Syahirah Razali dalam majalah Fokus SPM bil.114 keluaran Jan 2011.
.:: What comes is better than what came before ::.

..ikHLaS..~~

salam. kali nie, saya nak cerita pasal ikhlas. hmmm, selama ni, kite sedar tak yg kite ni sebenarnya ikhlas atau tak dalam melakukan sesuatu pekerjaan. mungkin, kite rasa, yang kite dh seikhlas-ikhlasnya melakukan sesuatu itu yg kononnye dtg dr hati. saya pun slalu tertanya2, ikhlas ke saye buat tu,ikhlas ke sy sygkan dia, ikhlas ke sy puji org tu. hmmmm.. saya sndiri pn tak tau. namun, jauh di sudut hati, sy sentiasa berdoa supaya setiap ape yg sy lakukan, sy sentiasa ikhlas. kat sini, saya nak kongsi sikit cara-cara utk kite tau ikhlas ke tidak kite nie. yg nie, sy dpt dr sebuah blog. klu nak tau lbih lanjut, sumenye ade kt blog tu. >>> http://ldkkemas.blogspot.com/2010/11/delapan-tanda-ikhlas.html

nie ialah lapan tanda yang kita IKHLAS

1. keikhlasan hadir bila kita tidak mahu akan populariti
++ maksudnye, kalau kita lakukan sesuatu, kita tak harap la yang kite akan dikenali ramai. contohnye, kita derma berjuta-juta pada rumah kebajikan, tak payah la nak panggil wartawan kan. siap masuk tv. kalau nak menunjuk2 tu, tak ikhlas la tu.

2. keikhlasan hadir bila kita mengakui yang diri kita sendiri sebenarnya banyak kekurangan
++ maksudnye, org yg ikhlas nie akan rasa yg diri dia byk lagi kekurangan. dia tak rasa yang ape dia buat tu dh mencukupi. dia takkan rasa semua tanggungjawab yg Allah beri pada dia dh dilaksanakan dgn sempurna. dia akan merasa kekurangan(belum cukup amal yg dia buat)


3. keihklasan hadir ketika kita cenderung untuk menyembunyikan amal kebajikan
++ yg nie, pada pendapat sy, lebih kurang same mcm yg pertama. kite buat sesuatu bkn sekadar untuk menunjuk-nunjuk tapi cume mgharapkan keredhaan dari Allah.

4. keikhlasan hadir saat anda tidak ada masalah sekiranya dipilih sebagai pemimpin.
++ untuk yg keempat nie, saya ade dua pandangan. yang pertama, seandainya kite dipilih sebagai pemimpin, kite tidak akan teragak-agak utk menerima bkn kerana harta atau pangkat tetapi untuk kebaikan sesuatu. contohnye, seorang menteri dipilih utk menjadi perdana menteri, seharusnya beliau rela hati menerima tanpa rasa terpaksa demi utk menjaga kesejahteraan negara. yang kedua, pada pndangan saya, saat kite dipilih sebagai pemimpin, tak kirelah ketua negara ke, ketua kampung ke, ketua tingkatan ke, kite menerima itu sebagai tanda tanggungjawab dan amanah, bukan kerana harta atau pangkat. maklumler, jadi ketua nie, elaun dia lebih. ngee~

5. keikhlasan hadir saat kita lebih mengutamakan keredhaan Allah berbanding keredhaan manusia
++ maksudnye, segala yang kita lakukan semuanya hanyalah kerana Allah bukan kerana manusia. contohnye, menyayangi seseorang hanya kerana Allah, bukan kerana kecantikan org tu dan sebagainya. contoh paling mudah, kalau di sekolah, tiap2 pagi jumaat, msti kena baca Yassin. kalau kita baca surah Yassin tu kerana untuk dptkan keredhaan Allah, insyaAllah, kite ikhlas membacanya, tapi kalau kerana terpaksa sbb cikgu suruh baca dan semua kawan-kawan pn baca ( kalau tak baca nnt, kne cop tak pandai bace ) ,maka, tiadalah keikhlasan kita kat situ.

6. keikhlasan hadir saat anda cinta dan marah kerana Allah.
++ apa yang kita lakukan adakah semata-mata kerana Allah. kalau kita suke sesuatu semuanya kerana Allah, dan kalau kita marahkan sesuatu pun semuanya kerana Allah.

7. keikhlasan hadir saat anda sabar terhadap segala ujian dari-Nya
++ kita selalu diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan dari Allah, seandainya kita sentiasa redha dan sabar dengan ujian dari-Nya, maka, sangat2 la beruntung sebab kita tergolong dlm org yg sentiasa ikhlas. biarpun susah dan jauh lagi jalan yang perlu kita tempuhi, tapi kite sntiasa sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita dan sebab itu lah dia sentiasa menguji kita dengan pelbagai ujian. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya yang sabar. ujian yang datang dari Allah bermakna Allah tidak pernah melupakan kita.

8. keihklasan hadir saat kita turut bergembira dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain
++ maksudnye, kite tidak pernah mempertikaikan sesuatu yg telah ditentukan Allah. kalau jiran kita beli perabot baru, kereta baru, tak perlulah nak cemburu, sebaliknya kite blh katakan, itu sudah rezeki dia. betul, memang susah untuk kita melihat kelebihan orang lain. tapi, percayalah, setiap ape yg berlaku adelah ketentuan Allah. rezeki masing-masing. :)

sekiranya ade salah silap dlm menulis tentang ikhlas, saya mohon maaf, dan harap agar, kite sama-sama dapat betulkannye. :)

hmmm.. itule 8 tanda kita ikhlas. so, pasni, buatlah sesuatu dengan ikhlas. :)
kalau kamu rasa saya comel, kamu mmg ikhlas. hehehe. :P

rasa skema pulak tulis cmnie. ngee~


++ rahSia tEtaP RaHsia ++
.:: What comes is better than what came before ::.

Thursday 17 March 2011

lagu nie...saya suke! ~~


hehe. saye suke gilerzzzzzz kat lagu nie...
ade kene mengena kot ngn saye. hahahaha. rahsia kannn.
dengarlaaaa..syok habis!!!
i loikeee!!!
.:: What comes is better than what came before ::.

cuti oh cuti~~

emm..dah lame tak tulis kt blog nie. hehehe. bercuti sakan. sebelum cuti aritu sibuk sesangat dengan kerja-kerja di sekolah. bukan kerja sekolah ye. saye sudah besar. ngee~~.
bila start je cuti sekolah, saye pun start je enjin kereta terus pegi bercuti. hahahaha.
sangat2 best cuti kali nie..dapat bercuti dgn bf..eh, bff!! hehehe.
jalan-jalan sampai tak ingat dunia. ( ingat je sbnrnye,nk bg ayat jd lg gramatis..kwang3). :P
nk tau ke kami pegi bercuti mane.. nnt mlm la sy story mori ok. hehehe. bikin suspen aje. =P
daaaa.....
.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday 9 March 2011

tentang seseorang~~

entri kali nie mcm tajuk lagu pulak kn. ngee~~
agak2 nk cerita pasal sape? tentang sape? jengjengjeng. (bunyi drum)
emmm.. opkos la nk cerita tentang family saye. tp kan tajuk atas tu tentang seseorang. mksudnye sorang je la. ( eh, suke hati saye la kan nk letak tajuk ape pun. tetibe emosi ) hahaha. :P
abaikan....

saya sangat HAPPY ngan family saya. BERTUAH sgt2 ade mak abah, ade abang kakak. tapi takde adik. ngee~

       macam family sin chan nie..hepi je kan walaupun kelam kabut. hehehe.

 mak..abah..terima kasih kerana telah menjaga, mendidik, menyayangi,mengasihi dan byk berkorban utk saye selama nie...( sayang mak abah sgt2)...
mak abah byk berkorban utk besarkan saya,abg2 dan kakak smpai kitorg berjaya skang. maceh mak abh!!! ( xnk mention name, nnt glamer pulak mak abh sy) hahaha. :P
takmo cerita lelebih. rahsia tetap rahsia. hehehehe.
cerita pasal abg, saye ade 3 org abg. dua org yg garang,tp sorg lg, sgt sporting. hehehe. kecik2 dulu,slalu kne mrh ngn abg2. saye kn budak nakal. ngee~~~
kakak ngn saye dh mcm kembar walaupun hakikatnye kakak tersangatlah lawa dan cantik ( bkn sy ckp ok! sume org pun ckp. kakak sy mmg cntik. ^_^ ) . hehehe. tp sume org pn ckp yg muke kami lbih kurang je. (mknenye,sy pn cantik gak ke??) ---> (tau, part nie msti korang kate saye poyo+perasan kn) hahahaha.
sangat sayang kt kakak. rindu sgt2 kt dia. hehehe.

                     upin & ipin yg comel

huhuhu. tak boleh cerita banyak2. family adelah yg paling istimewa dlm hidup saye. tu je yg korang blh tau. hehehe. (msti korang ckp,bek toksah cerita). hahaha. sape suh bace? erk! ade ke org bace? kwang3.
 orait! next time cerita tentang len plak. tentang cinta ke. muahahaha!!


~ rahSia teTap RahSia ~
.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 8 March 2011

gatal + miang ~~

berdasarkan tajuk di atas, saya seperti nama di atas. hahahaha. salah!
tajuk cerita nie takde kena mengena dengan yang sedang tido ataupun tgh men facebook. kwangkwangkwang.
sebenarnya......
saya sedang mengalami alahan yang sangat teruk. teruk ke? hahaha. takdelah. sikit je. tapi, teruk jugak la. haish! ape yg saya merepek ni. senang cerita, teruk jugak la alahan tu. gatal + miang + merah2 (nasib tak hijau) + bengkak2. kesian kn kat saya. ngehngehngeh. :P
ni semua gara-gara makan udang. nak wat cmne, udang tu sedap laaaa. mak masak plak sedap. pehhhh! mabeles giler a! hehehe. so, mak! pasni say no to udang! UDANG. hahaha.
habes melayang + terbang + flying without wings DUIT saya arini. RM 15 tu. tak banyak?? BANYAK ok!!. boleh wat mkn kat kantin skola selama seminggu tau!!! huhuhu. tapi, PADAN MUKA saya la kan. dh tau xleh mkn, nk mkn gak. haaaaa!! tanggung la sendiri. kwangkwangkwang. :P
skang ni tgh bertarung dgn keGATALan yang menimpa diri ini. bisa nye!!!
harap-harap esok okey la sikit. huhuhu. harap-harap!
wokeh lah! takde ape lagi nk cerita. so, nasihat saye ( cess,cm bagus je) jgnla mkn udang. hahahaha.

~ raHsia teTap RahSia ~
.:: What comes is better than what came before ::.

Monday 7 March 2011

haiiii~

hehehe. ketawa dan terus ketawa. rasa kelako pulak ( sengih lagi ).

 ntah mcm mane tetibe jek rase nk buat blog ( org len sume buat, saye pun nk gak ). ngee~

 hmmm. xde pe kot nk ckp..eh? salah. saya ulang ye. xde pe kot nak taip. hehehe.

masih ketawa lagi sbb rasa kelako sgt. hahahaha. kelako sbb sy buat blog ni. ( sudah mula merepek) hehehe.

belum berape nk cntik, tp akan dipercantikkan lagi. (tatabahasa mcm x bape bagus). ngee~

tunggguuuuuu!!!

ntah pape je kan?? ngee~ (masih ketawa lagi). cmne nk brenti ketawa ni? +_+

+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.