Sunday 22 May 2011

Cerita Kehidupan

Assalammualaikum.

Lama juga tak menulis, eh. menaip. Hehehe. =)
Tak ada idea sebenarnya. Tadi tengah basuh baju, tiba-tiba idea datang lepas dengar sebuah lagu. Wahh, dengar lagu pun idea boleh datang?? Ish ish ish.

Bersesuaian dengan tajuk di atas ( tak tahu lah entri kali ini sesuai ke tidak dengan tajuknya ). Hahaha.
Semua orang pastinya inginkan kehidupan yang sangat menggembirakan termasuklah penulis ini. Saya lah =)

Ada ke orang dalam dunia ini yang nak kehidupan sedih, susah, serabut dan macam-macam lagi yang tak berapa best di dengar. Mestilah tak ada kan? kalau ada tu, mungkin ada wayar putus kat dalam kepala brain dia ( baca kepala otak) hehe.

Hidup kita ini ibarat roda, tak semestinya kita selalu kat atas, kadangkala kita kena terima hakikat yang suatu masa nanti kita jua pasti berada di bawah. Semua ini ketentuan Tuhan. Redha.

hidup kita umpama roda :)


Saya percaya ramai yang selalu tidak puas hati dengan perjalanan hidup mereka. Emm, saya pun kadang-kadang macam itu juga, tapi, cepat-cepat saya rewind balik dan fikir bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

@ One @
 Si Polan bin Si Palon : " Kenapalah aku tak kaya macam Datuk XYZ tu. Kan best kalau aku kaya macam dia . Semua boleh beli, Hutang senang je, petik jari je boleh bayar. Lepas itu, dapat isteri cantik. Boleh kahwin empat pulak tu."

Datuk XYZ : " Kan best kalau hidup aku macam Si Polan bin Si Palon tu. Hidup sederhana je. Mesti tak banyak hutang. Aku nie kaya, tapi makin kaya makin banyak hutang pulak. Isteri ada empat, semua kuat shopping. Harap muka je cantik, tapi menghabiskan duit aku."

@Two@
Cik Bunga Tahi Ayam: " Cantiknya Cik Bunga Ros tu. Semua orang suka kan dia. Kalau lah aku cantik macam dia, mesti ramai peminat"

Cik Bunga Ros : " Rimasnya jadi orang cantik nie. Aku bersyukur jadi cantik, tapi kalau dah semua orang pandang, makin banyak dosa aku nak tanggung"

Nampak tak? Berdasarkan dua cerita di atas, saya tahu, anda semua mampu menilai bukan.
Tak semua yang kita nampak indah itu, indah untuk semua orang.

kalau dapat duit banyak macam nie. Tapi hati tak tenagng pun tak guna kan?




Nota :Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Ngee~


+ rahSia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment