Thursday 21 July 2011

P untuk PILIH

Assalammualaikum.

Dalam dilema.
PILIHAN, MEMILIH, DI PILIH atau TERPAKSA PILIH?
Saya jadi bingung.
Okey.
Saya dah pilih bahawa saya tak nak memilih atau terpaksa pilih atau dipaksa untuk memilih sebab saya takkan pilih satu pun.

Pilih lah untuk faham saya!

Ky : Memilih sesuatu yang bukan menjadi pilihan hati adalah suatu keputusan yang sangat sukar untuk dipilih.

Okies. Bye!


RtR :)
.:: What comes is better than what came before ::.

Saturday 16 July 2011

abang perodua yang baik

Assalammualaikum.

Buntu.
Haaa..macam tu la perasan saya pagi tadi.
Awalnya nak buat komplen pasal kereta saje. Nak mintak orang perodua betulkan apa-apa yang patut.
Alih-alih, diorang check tayar.. Mak aih!!! Tayar sudah botak. Ade satu tayar tu siap dah nampak benang dia.

"Dik, tayar kereta awak dah teruk ni. Dah botak habis ni. Kena tukar"
"Adeh, yeke" ( masa ni tengah reka ayat yang sesuai. malu nak kasi tau poket tengah kering)
"Macam mana ni ek" ( Garu kepala yang tak gatal)
"Tukar tayar la dik"
"Errr..dua minggu lagi boleh ke?" Sambil senyum buat muka kesian.
"Tunggu gaji eh? Boleh.." ( Senyum sinis tanda faham) Hahaha.

Lega saya.

"Tapi dik..." Oh! dup dap dup dap balik.
"Tayar depan ni dah teruk ni"
"Ha! Apa kata, kalau tayar depan bawak gi belakang, yang belakang bawak pindah depan. Sebab,tayar depan yang main peranan kan" Confident gila bagi pendapat yang munasabah. Hahaha.
Brader tu pandang muka saya tanda terpegun dan terkesima dengan hujah-hujah yang saya bagi tadi. =P
"Hehe, boleh je" Senyum dan masih terkesima.

Lega lagi.

"Eh! Cop..cop! Kalau tukar camtu, ade kena charge pape tak?" Dup dap dup dap lagi. Poket kering beb! KERING!
"Hmmm.." Berfikir sambil menunjukkan muka sambil dalam hati berkata kesian adik ni ( I guess.haha)
"Takpe..takpe, saya tolong awak je. Diam-diam je tau"
"Serius?" Alaa..orang dah cakap gitu, betul la tu. Huhuhu
"Ye saya. Serius. Saya tolong awak k?"
"Oh,maceh!" Rasa macam nak melompat keriangan sambil memeluk brader tu. Eh? melebih nampak? Kikiki.

Lega sangat.
5 minit berlalu.

"Dik, meh sini kejap" Muka risau je brader ni. Dup dap dup dap lagi!
"Awak tgk ni. Tayar depan awak ni dah nampak benang. Bahaya ni dik. Dah mengelembong"
"Aiyak!" Berpeluh. Muka risau. Rasa macam nak lari keliling perodua tu sambil menangis sekuat hati dan menutup muka malu.
"Jangan risau, petang kang pun boleh tukar" Macam tau tau je brader ni saya takde duit tika dan saat itu. Rasa macam nak pengsan woo!
"Emm..boleh eh?" Muka risau. Brader tu pun jadi risau tengok saya yang risau ni.
"Boleh, janji jangan jalan jauh laa" Senyum. Konon-konon boleh hilangkan stress saya ek brader?
"Tapi sok saya nak balik JB"
"Haa??!" Ok, tak perlu la terkejut kan brader.
"Bahaya dik oii,awk kena tukar tayar kalau camtu" Brader tu pulak yang dh risau.
"Err..ok, nanti saya usahakan" Sedih. Buntu beb! Buntu!! Poket kering!

Buntu!
Nasib ada abang pesona. Oh abang pesona, andalah harapan saya. Mekaceh banyak-banyak abang pesona!

"Nah dik, nanti tukar tayar tau" Sambil menyerahkan kereta diiringi senyuman meleret. Err..
"Terima kasih eh, maceh banyak sebab tolong saya" Seikhlas hati melafazkan ayat itu.
"Sama-sama. Jaga diri"
Err..hehehe..


Bernasib baik hari ini. Terharu betul dengan layanan abang perodua tu. Baik sungguh hati dia. Semoga apa yang dia dah buat mendapat balasan baik dari Allah. Mudah-mudahan.

Dan, pada abang-abang perodua yang lain yang dok sibuk menyakat dan mengacau tadi, terima kasih jugak sebab pandai buat lawak ye. Tak payah la nak tunjuk skill hebat memandu kalau setakat dalam perodua je.
Pada yang tujukan lagu "Cintaku 100%" nyanyian Mas Idayu kot, terima kasih juga diucapkan. Suara anda memang tak best! Tapi, lain kali jangan mention tuju kat sape. Malu saya bila semua orang dok tengok gadis berbaju kuning ok!

Ky : Lega sebab tayar depan dah tukar baru. Ngee~

Okies. Bye!

RtR :)
.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 12 July 2011

ungu

 Assalammualaikum.

Orang dok sibuk cerita pasal BERSIH. KUNING. Saya nak cerita pasal Ungu.
Kenapa ungu? Kerana ungu cantik. Hahaha.
Kenapa saya gelak. Sebab peristiwa ungu yang agak comel, namun salah di sisi undang-undang.
Ok, saya merepek lagi.

Ungu.
Beliau suka sebab beliau memang suka. Suka apa? Suka sibuk-sibuk pasal saya.
Beliau asyik cakap, " Baju kita sama lah hari ni". Ye, saya nampak. Tak payah cakap saya dah nampak.
Hmmm..beliau,beliau,beliau...

Saya? Saya cuma fikir, macam mana nak lari dari beliau.

Okies. Bye!

RtR :)
.:: What comes is better than what came before ::.

Thursday 7 July 2011

Kalau kamu rindu, saya diam.

Assalammualaikum.

Buatlah apa yang kamu nak buat, cakaplah apa yang kamu nak cakap.
Saya pedulike tidak, itu saya.
Eh? Kamu masih cari saya lagi?
Terima kasih sebab asyik teringat dan rindukan saya.
Oh! Saya terharu...la sangat!

Ky : Kadang-kadang jadi macam batu tepi jalan itu pun tak apa sebab takde orang nak pandang pun. Lagi aman hidup. :)

RtR :)
.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 5 July 2011

jangan macam ni boleh tak?

Assalammualaikum.

Psiko? Saiko? Apa-apa je la.

Mr. B hari ni sangat psiko ok!
Makin tak faham.
Sekian.
Ok. Diam!

Ky : Macam mana ni?

Okies. Bye!

RtR :)
.:: What comes is better than what came before ::.

kita semua sama. sikap yang berbeza.

Assalammualaikum.

Hai. Mari mulakan menaip dengan senyuman. (^_^)
Nak kongsi sikit la. Kenapa eh, ada sesetengah daripada kita yang suka pandang rendah pada orang lain?
Tak baik tau.
Kita hidup kat dunia ni, sama je. Dengan satu tujuan. Menjalankan amanah dan tanggungjawab dunia akhirat.
Tak nak cerita pasal akhirat sebab saya mengaku, ilmu agama saya tak cukup tinggi untuk bercakap soal itu.

Marah. Patut ke ek? Emm, tak marah, cuma kadang-kadang terasa hati dengan orang yang lupa tanggungjawab sendiri. Lupa dia yang sepatutnya memikul tanggungjawab itu, tapi dengan sewenang-wenangnya lepaskan beban dia pada orang lain.
Senang cerita, bagi orang lain kerja dia yang tak habis buat tu!

Kenapa orang biasa ini boleh pikul beban sebanyak itu, sedangkan kau orang berpendidikan tinggi tak mampu pun nak jalankan tanggungjawab yang sedikit itu? Malu la wei!


Dan, yang paling menyampahnya, bagi kat orang lain tapi dia punya arahan, mak aih! Melampau beb!
Apa? Ingat orang lain tak ada perasaan ke? Ingatlah, kalau itu kerja anda, tanggungjawab anda, jadi sedia lah tanggung semua kesalahan yang anda dah buat. Kalau cakap elok-elok, nak minta tolong, tak salah kan?
Jangan ingat, anda dah lama kat situ, konon-kononnya dah berpengalaman, boleh layan orang-orang baru ni sesuka hati je ke?

Helo! Kalau dah lama.kononnya dah berpengalaman, kenapa kerja kau berterabur je? Lepas tu, nak salahkan orang lain. Tanggungjawab main lepas gitu je. Eeee, kalau saya lah jadi anda, malu tak terkata sebab kita tak dapat jalankan tanggungjawab kita dengan baik. Lepas tu, nak minta orang tolong, macam bagi arahan kita ni pulak yang tak buat kerja. What the fish!

Eh? Tiba-tiba saya geram. Ya! Saya memang geram!

Kerja kau, kau kenalah buat. Bukan orang lain! Kerja berterabur, cubalah mintak tolong secara baik.

Ky : Menyampah betul dengan orang macam ni. Dahlah buat muka tak bersalah. Kurang ajar! geram! Ok. Diam.

Okies. Bye!

RtR :)
.:: What comes is better than what came before ::.

Monday 4 July 2011

bila tiada kejujuran tak mungkin teguh pendirian

Assalammualaikum.

Just nak suruh layan lagu ni saja. Oh! menusuk kalbu. Ngee~

Ella-Pedih.


Bukan kecewa dipinggirkan
Aku kecewa tiada kejujuran
Bukan bersedih disakiti
Teramat pedih diri dikhianati

Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini

Bila tiada kesetiaan
Tak mungkin teguh pendirian
Biar menangis di ketika ini
Tidak rela menangis
Kemudian hari

Hilang kekasih mungkin berganti
Yang ku harapkan teman sejati
Sebelum kasih menjadi benci
Aku memilih berpisah di sini


Nota Ky : Terkadang suatu yang tak kita jangka dan tak pernah kita impikan berlaku, akhirnya terjadi jua. Dan bila ianya terjadi, hanya kekuatan hati yang menjadi pertaruhan. Sungguh, saya masih belum mampu!

Okies. Bye!

RtR :)

.:: What comes is better than what came before ::.

Sunday 3 July 2011

Oh! apakah yang telah terjadi.

Assalammualaikum.

Semalam petang, bangun tidur saje terus nangis. Nangis teruk pulak tu. Dahsyat.
Stress sangat.

Saya nangis macam baby ni laa.


Macam-macam hal yang saya fikir. Saya ingat saya dah kuat untuk tempuhi dan lalui semua ini. Tapi saya masih belum mampu. Memang patut pun dulu dia cakap saya lemah. Arghh! Saya benci dia! Dia yang buatkan saya terus nangis lepas bangun tidur tu.

Dahlah saya rindu kat mak abah saya. Tiba-tiba bayangan dia muncul lagi. Err, adakah saya yang bersalah sebab terbayangkan lagi? Tapi, bayangan dia datang sendiri. Oh! Hantu betul!

Lepas tu, saya rasa bersalah dengan diri sendiri, Saya rasa teruk sangat. Hanya Allah yang tahu apa yang saya dah buat.
Ya Allah, ampuni hamba-Mu ini Ya Allah. KAU berilah aku petunjuk.
Saya mengaku saya bersalah. Membuat hati insan-insan lain terluka. Bukan seorang, tapi ramai.
Bukan berdendam, tetapi ego.
Perasaan apa yang ada pada diri ini? Saya pun tak mengerti.

Kejam sangat! Perasaan itu membunuh perasaan sendiri dan jua insan lain.
Sebelum saya makin jauh dari dunia nyata ini, saya dah bertekad, saya perlu menjauhi sebelum semakin ramai lagi insan yang terluka.

Tak sanggup rasanya membiarkan insan lain merasai apa yang pernah saya rasa.

Bagaimana mahu mengelak dan menjauhi andai setiap masa, dia sentiasa di depan mata mengekori ke mana jua saya pergi. Ky, kau harus berfikir sedalam-dalamnya, dia tak rugi apa-apa pun kalau kau pergi! Lukanya hanya sekejap cuma nak di bandingkan dengan luka yang harus kau dan insan lain alami andai kau terus begini.

Saya!
Sedarlah!




Nota Ky : Harus senyum walaupun semakin hari, hari-hariku semakin pudar sinarannya. Senyum tapi bukan terpaksa!


+ rahSia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Thursday 30 June 2011

Kepala saya berputar 360 darjah

Assalammualaikum.

Neno neno neno neno neno. (Bunyi Ambulans)
Saya sangat pusing. Sangat pening. Sangat sakit kepala. Aduh.
LETIH!
Serius! Sangat letih. Kerja tak berhenti-henti mengalir macam air. Tak sempat nak buat benda lain. ( Tapi, edit blog sempat pulak ye?) Kikiki.

Sedang menguruskan pertandingan nyanyian untuk hari esok. Adoii. Lagu etnik? Tak tahu lah macam mana.
Etahlah, nak cerita macam mana pun tak tahu.
Tapi, sangat-sangat TENSION okey!

Dahlah macam-macam masalah yang kena hadapi. Tak boleh nak lari dah. Pening betul.
Kepala saya pun berputar lagi. Nasib baik boleh guna lagi. Kalau mereng, habislah. Hahaha. (Tengok! macam dah mereng je ni!)

Aduhai lah nasib....
Kerja.
Kerja tambahan.
Kerja tambahan yang berlambak-lambak.

Jiwa.
Jiwa kacau.
Jiwa yang rasanya macam sedang berbuat jahat.

Perasaan.
Perasaan yang berbelah bagi.
Patutkah perasaan itu? Blur...

Kacau.
Kena kacau.
Kena kacau oleh mambang ntah yang datang dari planet mana.

Mereng.
Tidak! Saya tak nak mereng!
(apa saya merepek ni)

Ok.
KO.

Sedang berjalan-jalan dengan kepala yang berputar-putar bagai puting beliung.
Neno neno neno neno.

SAYA TAK OKEY.
Sekian.
.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday 29 June 2011

Apa sebenarnya yang mereka mahukan?

Assalammualaikum.

Entri kali ini hanyalah sekadar pandangan daripada kehidupan sekeliling. Err, juga pengalaman.  (=.=')
Tak nak cerita panjang. Sekadar nak berkongsi suatu pendapat yang selama ni pun berlegar-legar di kepala otak saya sehingga menimbulkan persoalan yang Professor pun tak boleh nak jawab. Erk! =p

Tapi, sebelum apa-apa, ingin saya tekankan tidak ada unsur-unsur penindasan gender di sini. Tiada Diskriminasi. Cuma persoalan, jawapan (kalau ada) dan juga pandangan.

Sebenarnya, apa yang kaum lelaki nak pada seorang perempuan?
Sebenarnya dah lama saya tertanya-tanya.

#1 > Saya ada seorang kawan, okey, kawan saya ini, sangat baik, maksudnya, pandai jaga hati boyfren dia la kan. Lemah lembut, cantik juga, pandai masak, tak suka marah-marah, selalu mengalah kalau gaduh-gaduh. Tapi, apa yang boyfren dia buat? boyfren dia tinggalkan dia semata-mata nak kejar perempuan yang tak setanding dia. (boyfren dia sendiri cakap yang kawan saya tu lagi perfect dari perempuan tu). Tak faham kan?

#2 > Yang seorang ni pula, dia cantik, walaupun manja-manja tapi baik hati. Kira pakej lengkaplah, pun kena tinggal juga. Tak faham.

#3 > Kawan saya yang lain pula, selalu je bersabar dengan boyfren dia yang sensitif, tapi boyfren dia tu wat tak tahu je dengan dia. Pun saya tak faham.

Tapi, selalu kita dengar dan nampak dengan mata sendiri, kaum lelaki ni kalau apa-apa pun mesti nak pandang perempuan cantik. Bukan nak kata la, tapi realiti kan? Tapi, pun tinggalkan juga.
Kalau cantik luaran tapi tak cantik dalaman kena tinggal, kira boleh terima lagi.
Tapi kalau pakej lengkap? Cantik luar dan dalam pun kena tinggal? Kita katalah takde jodoh kan? =)


Haha. Tak faham dan tak apalah kalau tak faham.

Celayan lagu ni pula. =p



Nota Ky : Bukan sempurna untuk harapkan yang sempurna.


+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 28 June 2011

zaman kanak-kanak

Assalammualaikum.

Pasti kita semua tak boleh lupa zaman kanak-kanak kan. Zaman masa kita kecik-kecik dulu. Zaman comot-comot tapi comel. Hehehe.
Kalau siapa masih ingat lagi, mesti senyum sendiri kan?

Saya nak refresh balik zaman saya kecik-kecik, comot-comot tapi comel dulu. Korang pun boleh ingat juga!

  1. Main kawen-kawen. Hahaha. Saya tak pernah jadi pengantin. Saya selalu jadi jemputan je.
  2. Main baling selipar. Kalau dapat jatuhkan banyak selipar dikira menang. Pernah baling lepas tu terkena kepala budak lelaki sampai budak tu nangis. Hahaha.
  3. Lawan pemadam. Selalu kalah sebab tak pandai main. Jadinya selalu lah kena beli pemadam baru sebab kalau kalah, pemadam kena ambik. Hahaha.
  4. Lumba lari. Group lelaki vs group perempuan. Kalah kena ejek. Ntahpape je kan.
  5. Kalau main lawan-lawan ejek tu paling kelako bila ingat balik. Especially ejek nama kita. Contoh kalau nama dia Tipah. Nanti akan kena ejek macam ni ----> "Tipah Kopah". Wawawa~
  6. Lepas tu, kalau kat sekolah, jalan nak pergi kantin, ada susur gajah. Nanti kat situ main "Cop tiang". Hehehe. 
Sebenarnya banyak lagi. Tapi dah tak ingat sangat.
Bila ingat balik semua ni, sangat kelakar. Kalau lah masa tu boleh diulang kembali, memang rasa nak balik je ke zaman dulu.

Bersyukur dapat rasa semua tu. Budak-budak zaman sekarang? Diorang takkan dapat rasa apa yang kita rasa. Hidup diorang tak habis-habis dengan Facebook, Playstation, Internet dan macam-macam lagi.
Permainan yang diorang main pun tak macam kita.

Lagi satu, kebanyakan bila saya tanya anak murid, diorang tak rasa seronok pun datang sekolah. Bukan sebab cikgu atau malas belajar. Tapi diorang kata membosankan. Tak tahu sebab apa.
Kalau zaman kita dulu, sekolah lah tempat paling best sebab kawan-kawan semua pun best. Kan?


Nota Ky : Saya nak jadi budak kecik yang comot tapi comel balik semula boleh tak?


+ rahSia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

kalau cinta

Assalammualaikum.

Hehehe. Kenapa gelak? Sebab saya nak gelak. Hahaha.
Hari ini asyik dengar lagu "Kalau Cinta" yang dinyanyikan oleh Aliff Aziz.
Dulu, tak suka pun lagu ni. Rasa macam ntah apa-apa aje.
Tapi kalau dah hari-hari asyik putar kat radio je, jadi layan pulak.

Kalau cinta jangan kacau
Kalau sayang tak perlu marah
Kalau ikhlas tak minta berbalas
Serahkan cintamu
Pada yang punya cinta

Jadi, kepada sesiapa, sila hayati dan fahami lirik ini. ( Macamlah dia tahu blog ni. Wawawa~ )
=p

Nota Ky : Tak semua apa yang kita impikan akan menjadi kenyataan. Kadangkala, yang tak kita jangka yang selalunya hadir. Dan, selalunya, jarang untuk kita dapat apa yang kita suka. Lumrah hidup. =)



+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

zaman dahulu kala. Di kala remaja.

Assalammualaikum.

Tadi tiba-tiba rasa nak buka akaun friendster. Hahaha. Still hidup lagi. Teruja.
Baca semula komen-komen kawan-kawan, rasa kelakar pulak.
Rindu betul. Hehe.
Perangai masing-masing nampak sangat kebudak-budakan. Comel!





Untuk lebih jelas, sila klik pada gambar.

Kawan-kawan, korang ingat lagi tak? Hahahaha.


Nota Ky : Betul kata orang, segala apa yang pernah berlaku dalam hidup kita, tak kiralah yang manis atau pahit pada masa itu, akhirnya akan jadi manis apabila di kenang beberapa tahun yang mendatang.


+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

serba salah

Assalammualaikum.

Apa lagi yang boleh dibicarakan andai semua itu tak mampu kita huraikan dengan kata-kata.
Mengeluh.
Pelik sungguh. Mengapa semua ini harus terjadi. ( bukan lagu Cinta Tegi Segi ).

Sesuatu yang tidak akan boleh berlaku, memang tidak akan berlaku.
Berusaha dan cubalah sehabis daya sekali pun, anda tidak akan boleh mampu.
Tapi, kalau sudah takdir, apa kita boleh buat.
Oh! Tidak akan ada harapan itu kerana saya pasti, ianya tidak akan berlaku.

Kita simpan sahaja lah.
Mungkin, bukan untuk kita.
Harus terima hakikat.

Saya okey. Hahaha.

Nota Ky :Perkara yang tidak boleh berlaku, memang tidak akan berlaku tanpa kehendak Yang Maha Esa. Kalau itu sudah takdirNya, terima dengan redha.

+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Monday 27 June 2011

fikir baik-baik sebelum kamu menyesal

Assalammualaikum

Dear me,

Menyesal tak sudah!

Itulah. Ikutkan sangat kata hati. Bila benda dah jadi, baru nak menyesal.
Walaupun takde niat apa-apa, tapi, kalau harapan yang sangat diharapkan itu semakin menggunung, mana kamu nak lari?
Jangan nanti kamu di gelar seorang yang tak kenang budi. Tidak! Tak sanggup termakan budi.

Jauh sudah perjalanan itu. Takkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?
Takkan kerana seorang yang dulu itu, dendam kesumat sampai kiamat pun tak akan tamat?
Sedarlah wahai diri, dendam bukan penyelesaian kepada segala masalah yang sedang kamu hadapi.
Lihat!
Kamu sendiri rasa menyesal yang teramat wahai diriku. Sekarang, apa yang kamu harus lakukan?
Berterus-terang? Gila! Nanti kamu akan di hina. Cukup-cukuplah kata-kata nista yang pernah dilemparkan kepada kamu. Hati ini tak akan sanggup dan mampu untuk menahan luka sembilu itu lagi.

Wahai diri.
Kamu sedarlah sebelum terlambat. Jangan kerana peristiwa lalu, kamu masih belum mampu melunyaikan dendam kesumat itu. Tak semua spesies mereka sama perangai. Jadi, usah dipermainkan perasaan suci insan yang tidak bersalah itu. Kalaupun bukan dia pilihan kamu, jangan dibuka laluan ke dalam hati kamu wahai diri. Jangan juga sesekali biarkan hati mereka bagai ais mencair mengharap suatu perasaan suci yang lahir dari hati kamu.

Wahai diri, mulai hari ini, tika dan saat ini, ratakan kembali harapan yang sudah kamu tinggikan. Buangkanlah gelora di hati mereka yang tidak bersalah itu.

Kamu harus ingat wahai diri, hukum karma pasti berlaku.
Kamu pernah melaluinya sekali. Dan kamu sudah pun rasai keperitannya yang tiada tolok bandingan.
Tidakkah kamu simpati andainya apa yang kamu lalui itu dirasai jua oleh insan lain? Dan yang paling dahsyat, ianya disebabkan kamu! Jangan wahai diri! Jangan lakukan itu.

Ingat!
Kamu pernah berjanji tidak akan biarkan insan lain turut mengalami apa yang pernah kamu rasakan.
Hentikanlah.


Nota Ky : Orang yang paling lemah ialah orang yang selalu ikutkan kata hati dan emosi. Gunakan akal yang ALLAH beri. Fikirlah yang mana baik dan buruk.


+ raHsia teTap RahSia + 

.:: What comes is better than what came before ::.

Friday 24 June 2011

kenangan bersama-sama

Assalammualaikum.

Tiada apa nak tulis. Hanya nak kongsi sedikit gambar-gambar comot bersama kawan baik selamanya. Bak kata omputih, BFF. 
Ngee~
Sila lah tengok gambar kami yang comot ini. Mana satu ialah saya? Rahsia. =P
Lalala~



Gambar terbaru. Bersandiwara di Pantai Tanjung Puteri Melaka.



Gambar yang ini pula sewaktu di Parit Buntar. Nama tempat tu ialah Ban Pecah. Santeeek sangat tempat ni.











Gambar-gambar yang ni pula masa di Penang. Syiok sangat-sangat. 

 

Yang ni masa kami jalan-jalan kat Melaka. Masuk semua muzium kat Melaka. Belajar Sejarah. Hehe.

 

Gambar ni masa kat Tanjung Emas,Muar. Cantik kan?
 

Daripada gambar pun dah tahu kan yang kami ni suka sangat pergi pantai. Sangat suka. Saya dan kawan-kawan kalau bercuti or berjalan mana-mana, mesti akan singgah pantai. Sekurang-kurangnya, kalau tiada pantai, kami akan cari kawasan rekreasi. Biasanya, kami jarang jalan-jalan kat shopping complex.

Kami sukakan ketenangan. :)

 
Nota Ky : Sangat rindukan suasana ini. Berjalan-jalan kat tempat yang mendamaikan jiwa. Kawan! aku rindukan korang!
 
 
 
 
 
 + rahSia teTap RahSia +





.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday 22 June 2011

botak itu macho dan hensem

Assalammualaikum.

Hai ! hai ! hai !
Tajuk entri kali ni macam gempak je..kot? Hahaha. 
Secara jujurnya, saya memang suka tengok lelaki yang botak. Bukanlah botak licin macam Botak Chin tu..Tapi botak yang..entahlah. Tak pandai jelaskan macam mana. Tapi botak-botak pun nampak manis. Serius.

Lelaki idaman saya bukanlah yang hensem-hensem sangat macam Ashraf Muslim tu. Tak tahulah. Memang sejak sekolah, saya suka lelaki yang botak. Kalau tak percaya, bolehlah tanya pada kawan-kawan rapat saya. Diorang pun kadang-kadang pelik dengan saya. Hehehe.

Lelaki yang botak ni sebenarnya wajah diorang manis sangat. Lagi-lagi yang mata galak, kening lebat, ada janggut, auwwww! Mengancam You! 
Cuba korang tengok ni. 








Hensem kan? Manis je. Saya suka!!!!
Dia ni namanya David Trezeguet. Pemain bolasepak negara Perancis dan bermain untuk liga Italy untuk pasukan Juventus. Saya minat dia ni sejak zaman sekolah lagi. Sampai sekarang. Hehehe.

I love You :)

Jadi, siapa kata lelaki botak tu tak hensem? Kadang-kadang memang diorang ni nampak ganas skit, yelaa, botak kan..Tapi sebenarnya, diorang ada style, dan, pada saya, saya suka!


Nota Ky : Sedang menunggu lelaki botak seperti David Trezeguet ini datang meminang saya. Adakah? Hehehe.



+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 21 June 2011

Follow me?

Assalammualaikum.

Setiap langkah saya, pasti dia juga melangkah. Saya ke tepi, dia pun sibuk-sibuk nak ke tepi. Saya pergi kat tengah dewan, eh! Tiba-tiba pun dia ada kat situ sebelah saya. Saya duduk kat kerusi, dia pun datang sambil sengih-sengih. Saya pergi kat checkpoint sini, dia pun ikut juga. Saya pergi tengok-tengok kumpulan ni, eh, dia pun nak tengok-tengok kumpulan yang sama juga. 

Saya duduk kat situ, tiba-tiba, dia dah ada kat sebelah. Saya sedang syok-syok tengok gambar, eh? Dia pun nak kongsi tengok. Saya pegang apa-apa, dia pun nak tengok apa yang saya pegang. Setiap saat, mesti akan pesan perkara yang sama. Saya rasa dekat 1000 kali juga dengar. 

Saya kemas-kemas meja tepi dewan, dia datang juga. Saya kemas bahagian depan dewan, adeh! dia pun kat situ.

"Cikgu mana satu isteri cikgu? Yang ini ke?" Budak kecil ini mengganggu suasana.

Saya sibuk mengemas. Dia sibuk senyum lebar. Mana saya pergi dia ada.

Hari ini, dia ikut saya dari belakang pula. Aiyak! Ada jalan dekat nak balik bilik, kenapa mesti ikut jalan jauh?

Terima Kasih teman saya sampai kereta okey!

lalala~
 

Nota Ky : Kadangkala, terfikir, kenapa, ianya hanya datang sekadar untuk sementara waktu. :)


+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

"sampai syurga"

Assalammualaikum.

Semalam, dengar lagu...
Lagu " Sampai Syurga". Faizal Tahir yang nyanyi.
Aduh! Bila dengar lagu nie, teringat kat seseorang.


Aku lemah tanpa kamu
Ku ingin mu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik untuk dirimu

Sampai syurga ku menunggu
Sampai syurga ku cinta mu
Hanya satu
Hanya kamu


Kalaulah dia mengerti isi hati ini.

Sampai syurga saya menunggu kamu.



Nota Ky : Tiada siapa pun yang boleh memahami hati orang lain. Kadangkala kita sendiri pun tidak memahami isi hati sendiri, jadi bagaimana mahu memahami hati orang?


+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Thursday 16 June 2011

Rindu

Assalammualaikum.

Tidur petang tadi.
Dalam tidur pun menangis.
Bangun tidur terus nangis lagi.
Rindu sangat....

Saya rindu mak saya.
Saya rindu mak saya. 
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya. 
Saya rindu mak saya. 
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya.  
Saya rindu mak saya. 
Saya rindu mak saya. 


Saya rindu mak................

(T_T)


+ rahsia tetap rahsia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday 15 June 2011

gelap.malap.penuh duka

Assalammualaikum.

Musibah.
Bencana.
Kecelakaan.

Semua itu..
Dugaan.
Pengajaran.
Hikmah.

Semoga..
Hati ini tabah.
...

...

...

...

...

...

...

Air mata tetap tertumpah.
Tak tertahan lagi.

Ya Allah.
Tabahkan hati ini.


....menangis....



+ rahsia tetap rahsia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Saturday 11 June 2011

sembunyikan cinta ini

Assalammualaikum.

Cinta itu buta. Ya! Cinta buta sebab tiada mata. Semulajadi buta. Yang buta itu manusia. Bukan cinta.
Hanya manusia yang celik sahaja dapat merasai cinta. Tapi, celik dari dalam hati. 
Saya buta atau celik? Saya pun tak tahu. Sebab, kadang-kadang, saya sediri tak dapat tafsir apa yang ada dalam hati. Kalau saya cakap saya separa buta boleh? Errr..hehehe.
Kadang-kadang, saya rasa saya dah jatuh hati, kadang-kadang saya rasa itu cuma mainan perasaan sahaja. Atau, adakah saya ini ego, tidak mahu mengakui perasaan sendiri?
Tapi, apa gunanya ada perasaan itu kalau orang di sana, tiada rasa itu lagi? Ah! Saya sendiri pun tak faham.
.....
Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Ku tak peduli
Bila ku benar-benar cinta mati
Ku memang begini
Bila ku benar-benar cinta
Apa saja yang ku inginkan kamu rela

Sebelum ku kenal dirimu siapa
Aku tak kenali apa itu cinta
Setelah ku kenal dirimu sebenar
Kau cinta sejati ku sandarkan jiwa

Ternyata ku perlukan cinta
Dari dirimu sayang
Barulah terasa ku bernyawa

Kasih...
Ku amat mencintai kamu
Kerna kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta
Sedetik lebih..

Cinta itu mahal harganya. Hanya orang berhak yang mampu memilikinya.

Di saat cinta itu bersemi, semuanya memang indah. Indah sangat. Tapi akibat terlalu ego dengan perasaan sendiri, cinta itu pergi macam itu sahaja. Macam orang ketinggalan bas. Huh! 
Tapi, salah sendiri. Tak memahami, tak menghargai jua tak pernah mengerti.
"Padan muka".

Telah lama ku pendam perasaan ini.
Menunggu hatimu menyambut cintaku.
Tak mengapa bagiku asal kau pun bahagia dengan hidupmu.

Jika kau fahami isi hatiku.
Ku tak mahu waktu henti tanpamu.
Dirimu menyalahkan sebuah erti
Tapi diriku masih terhenti di sini

Bukannya aku takut akan kehilangan dirimu
Tapi aku takut kehilangan cintamu
Mungkin saja saat itu kau mempermainkan aku
Seakan kau bisa membalas cintaku

Kau takkan mengerti 
Yang selama ini ku rasakan, pasti
Kau tak peduli

Ku ingin kau tahu
Diriku di sini menanti dirimu
Meski ku tunggu hingga hujung waktuku
Dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya

Semuanya dah berakhir mungkin. Dia pasti takkan kembali lagi. Ego. Itu yang paling mudah untuk dinyatakan. 
Salah itu datangnya dari diri sendiri. Dan, pihak satu lagi mungkin. Takpelah. Andai itu takdirnya. Terima.

Hilangnya cintamu menusuk hatiku
Hingga ku memilih cinta yang fana.
Perginya dirimu merobek jantungku
Hingga ku terjatuh dalam harapan.

Mungkin aku yang salah
Ku tak mampu untuk menjaga cintamu
Hanya untuk diriku
Memang aku yang salah tak menjagamu

Memang aku tak mampu
Tak mampu untuk menjaga cintamu
Selalu untuk diriku
Memang aku yang salah buatmu terluka

Andai kau dapat memahami
Bahawa ku menanggung semua ini
Bukan niatku ingin kau pergi
Kerana diriku masih terhenti di sini
Di saatku ingin dekat denganmu
Kau semakin jauh meninggalkanku
Dan kau diam tanpa kata
Saatku ucap semua rasa

Jujur ku katakan ku masih menyintaimu
Walaupun diriku selalu menyakitimu
Jujur aku masih ingin bersamamu
Walau dirimu kini bukan untukku lagi

Kau telah pergi

Bila rasa itu sudah hilang. sudah di serap bunyi, sudah tenggelam di lautan, sudah menjauh mendaki gunung, pasti perasaan itu takkan pernah hadir. Apakah saya sembunyikan cinta itu? Entahlah, saya pun tak faham.

Mungkinkah esok
Kita kan bertemu kembali
Masihkah ada ruang di dalam hatiku
Untuk cinta yang pernah engkau miliki
Untuk selama-lamanya. 

Andai hati ini masih milik dia di sana..Oh! Bunga, bertukarlah pada warna kuning! (==.")


Hari merepek saya telah tiba mungkin. Entri apa pun yang saya tulis ini, saya pun tak pasti.
Yang pasti entri ini tiada kaitan dengan entri yang sebelum ini.

Nota Ky : Tak faham dengan diri sendiri lagi. Apapun, Cinta pada Allah yang tetap akan kekal abadi. Itulah cinta yang paling hakiki.

Cinta pada Yang Maha Esa mengatasi segala cinta yang ada di dunia.



+ raHsia teTap RahSia +


.:: What comes is better than what came before ::.

Sedih, sunyi, sepi, air mata menitis lagi.

Assalammualaikum.

Sejak semalam saya dah rasa sangat-sangat sedih. 
Hati ini rasa jauh sangat. 
Tak tahu lah jauh kemana. 
Tapi sangat jauh.

Rembesan air yang bagaikan mutiara itu mudah merembes.
Tatkala hati dan jiwa dirundung duka.
Kesepian dan kesunyian yang sangat menyiksa jiwa.
Entahlah, terkadang, lebih baik kegembiraan tidak datang,
Jika hanya mengundang duka selepas itu.

Sepi, sunyi dan sedih.
Walaupun saya dah biasa dengan suasana perasaan ini, 
Tapi....
Sekali ia datang menerjah, sakitnya bak sembilu menusuk jiwa.

Sangat tidak suka bila kesunyian datang menerpa. Tapi tetap kena kuat mengharunginya walaupun kadangkala rasa ingin mengaku kalah.

Kegembiraan pasti akan datang lagi menenggelamkan kesedihan ini.
Namun, keperitan melalui kesedihan ini pasti akan selamanya terasa.
Semoga saya tetap tabah dan kuat mengharunginya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
KAU bantulah aku Ya Tuhan.
Bantulah aku dalam mengharungi hebatnya dugaan-Mu.
Tabahkan hatiku melalui besarnya cabaran-Mu.
Hanya Kau tempat untuk ku berlindung Maha Esa.

Diri sendiri pun kadangkala tidak faham hati ini.



Nota Ky : Tak semua yang indah itu akan terus menampakkan keindahan dan kegembiraan. Kadangkala, kita perlu persiapkan diri untuk menghadapi rasa kesunyian yang mendatang selepas keindahan itu berlalu. Ia pasti berlalu.



+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 7 June 2011

pandanglah dengan mata hati bukan mata-mata.

Assalammualaikum.

Ikut kata hati atau kata mata? Err, hehehe.
Baru-baru ini, seorang kawan semasa di zaman Universiti meng'SMS' saya. 
Nak tahu sesuatu, dari zaman saya belajar di Matrikulasi, saya ini dah macam Doktor Cinta dah. Hahaha, mana-mana teman rapat yang ada masalah cinta atau masalah dengan kekasih masing-masing, saya lah menjadi tempat mereka meluahkan perasaan. Saya ini memang suka mendengar masalah, walaupun tak berapa pandai nak bagi nasihat. Itu dulu lah, dulu memang saya dengar je bila diorang meluahkan perasaan. Tapi, sekarang, saya dah boleh nak bagi nasihat sikit-sikit, walaupun kadang-kadang tu tak logik langsung nasihat dan cadangan saya. tapi sekurang-kurangnya, saya dah buat kawan-kawan tersenyum. :)

Ini sudah lari topik. Okey, berbalik kepada tujuan asal, baru-baru ini, kawan saya ada mengSMS saya, meminta pendapat.  Masalah hati,cinta,pilihan. Dia serabut, Kesian dia. Hehehe. 


Watak > W : Kawan saya.    Ky : Saya

W : K..aku nak minta pendapat kau ni. Aku tak faham lah lelaki ni. Sikit-sikit nak terasa. Benda kecil pun nak terasa. Tak faham aku!
Ky : Siapa? Mamat yang kau cerita tu ke? Emm,pada aku kan, dia terasa sebab dia tu nak minta perhatian kau. Dia kan sayang dan suka kau. Tapi, kau belum terima dia. Dia belum memiliki kau. Jadi, dia mengada-ngada lah nak perhatian kau. 
W : Boleh eh macam tu?
Ky : Biasanya macam tu la. Kau kena hati-hati lah. Kata lah, suatu hari nanti kau orang berdua couple, jangan harap dia tu nak terasa. Kau pula yang lebih terasa nanti. Percayalah!
W : Err, Tak faham.
Ky : Biasalah tu, Dia nak kau pujuk dia, nak kau cakap sayang kat dia. Bila dah couple, dia rasa dah dapat kau, dia pun, buatlah perangai. Dan, selalunya, perempuan kan, bila dah sayang, akan sayang betul-betul. Jadi dia pun tak kisah. Perempuan kan, mesti nak selalu mesej-mesej, calling-calling, tapi lelaki bukan suka semua tu. Belum dapat, bukan main merayu. Dah dapat, nak mesej pun susah. 
W : Emm..tu laa. Dia hari-hari ni mesej aku. 24 jam tahu tak.
Ky : Kau rasa kau suka dia tak? Ade tak kalau dia tak SMS kau, kau rasa rindu. Cuba kau cakap dengan dia, jangan mesej atau call dalam dua hari pun jadilah. Tengok macam mana.
W : Tula, aku nak rasa jugak. Start hari ni mungkin boleh sebab tadi lepas dia kata putus harap dan tak boleh nak jadi yang terbaik untuk aku, dia dah tak mesej.
Ky : Kau tengok macam mana okey. Kalau kau rasa kau sebenarnya suka kat dia, kau fikirlah. Kalau tak, kau terus terang cakap tak suka. Kalau kau tak pasti, serah aje pada takdir. Cuba fikir-fikir balik, ada petunjuk apa-apa tak. Kadang-kadang, Allah dah bagi petunjuk, kita je tak sedar.
W : Kalau ikut aku memang nak serah pada takdir. Tapi dia serius weih ngan aku. Nak ajak kahwin lagi.
Ky : Kalau macam tu okey lah. Umur kita sekarang ni dah tak boleh cinta yang main-main. Kalau dia serius, okey apa!
W : Aku pun fikir macam tu. Dia dah banyak kali jelaskan dia tak main-main. Mak ayah dia pun okey.
Ky : Then? Kau ragu-ragu lagi? Hmmm..Kau rasa kau okey tak dengan dia? Selesa tak? Perasaan kau tu macam mana?
W : Hmmm. Ntahlah K. 
Ky : Semua ni bergantung pada hati kau W. Kau kena pandang dengan tulus dari mata hati kau. Jangan pandang dengan mata semata-mata. Kalau aku nasihat banyak pun, tapi hati kau tak jelas lagi, pun tak jalan kan? Pastikan hati kau betul-betul dulu. Buat pilihan yang terbaik. Yang boleh aku cakap, hati-hati je. 
W : Yela. Bergantung pada hati aku gak. Thank you K!

Begitulah kisahnya. Dia tak tahu macam mana perasaan dia. Dia sebenarnya ada hati pada orang lain. Lumrah hidup kan. Yang kita nak selalunya sukar di miliki, yang kita tak nak tu la yang datang. 

Pada saya lah kan, apa-apa pun, mesti letak pada hati. Kalau hati tak nak, terpaksa terima, kebahagiaan itu sangat susah nak kita perolehi. Tapi, jangan juga bergantung pada cinta semata-mata, kerana cinta semata-mata juga tak menjamin kebahagiaan yang berkekalan. 
Pandanglah dengan mata hati. InsyaAllah, siapa pun yang menjadi pasangan hidup kita dengan izin dan jodoh dari-Nya, pasti kebahagiaan itu akan terpancar.

Dan lagi, kalau kita hidup dengan cinta dan kasih sayang semata-mata tanpa restu kedua ibu bapa, kebahagiaan yang di cari pasti tak kunjung tiba. Beringatlah!

"Allah tidak pernah mengurniakan kita pasangan yang salah, tetapi kita yang menjadi pasangan yang salah"

Nota Ky : Cinta dan kasih sayang tanpa hati yang tulus suci tidak akan terpancar kebahagiaan. Sedangkan hati yang tulus suci dengan cinta dan kasih sayang, pastinya kebahagiaan itu menyinar.

Ky : Saya bukan Doktor Cinta. (=.=")



+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Sunday 5 June 2011

Tak payah control la brader!

Assalammualaikum.

Kenyang! Kenduri kahwin dua buah rumah hari ini. Malas nak ikut. Tapi mak suruh ikut juga. Terpaksa merajinkan diri untuk gosok baju, dan memandu kereta ke kenduri itu. ( Ayat pasrah ). Hehe.

Biasalah kan, kalau ke rumah kenduri kahwin, macam-macam gelagat manusia kita boleh nampak. Orang tu macam gitu, orang ni macam gini. Orang tu tengok orang ni. Bisik-bisik, jeling-jeling, senyum-senyum. 

Masa kenduri kat rumah yang pertama tu, adalah seorang lelaki, emm.. tak sesuai. Seorang jejaka, emm..pun tak sesuai. Seorang mamat..emm..sesuai! Hehehe. Mamat ni, tak tau lah nak kata macam mana. Control macho dan hensem pula. 

Kenapa? Sebab, dia makan depan saya. Dan sebelah saya pun, adalah dua orang perempuan yang agak cun dan comel juga macam saya. Kakakaka. Nak di jadikan rasa menyampahnya, mamat yang control itu, masa dia makan pun dia nak control juga. Malu-malu. Konon-kononnya kami tiga dara jelita ni dok usha dia. 

Pelisss!!! Tak kuasa okey! Kalau muka macam Ashraf Muslim, saya memang akan usha la. Tapi...bukan nak kata lah, tapi dia tak hensem pun. Kalaulah orang perempuan yang nak control-control ni, saya faham lah kan, orang perempuan, kan malu-malu. Ini tidak, orang lelaki! Aduhai..kelakar betul! Lepas tu, makan tak habis. Kahkahkah! Ntahapepaentah! 

Masa kenduri kat rumah yang kedua tu, duduk lah satu meja dengan mamat's (maksudnya,ramai la tu :P ).
Mamat-mamat ni, tak lah control, tapi adeh, 'bajet' hensem pula. Cerita bukan main. Pum pam pum pam!

Dan, yang paling tak tahan, masing-masing dok cerita yang diorang masih bujang, mencari-cari bakal isteri kononnya. Lepas tu, nak pandang-pandang dan senyum kat saya. ( Saya tak perasan oke, memang diorang pandang sebab saya masa tu tengah pandang diorang). Hahaha. 

Mamat 1 : Eh, ko bila lagi?
Mamat 2 : Aku takdak calon lah beb. Single.
Mamat 1 : Sudahlah ko, ko kan buaya darat. ( ketawa ramai-ramai)
Mamat 3 : A'a, muka macho giler macam ko ni kan ramai awek-awek cair.
Mamat 2 : Serius beb. Aku memang sedang mencari-cari bakal isteri. Gila bayang dah ni. ( sambil tenung dan senyum kat saya)
Mamat 1 : Tu ramai awek-awek cun. Bergetah. (Sambil tunjuk wanita-wanita yang sedang beratur mencedok nasi dan lauk)
Mamat 2 : Aku tak nak yang macam tu. Solek tebal sangat. Aku nak yang natural. Tak solek pun nampak cun, comel. Sejuk hati aku. ( sambil senyum kat saya lagi!)
Mamat-mamat lain : ( Semua pandang saya dan mereka senyum. Sambil angguk2 kepala)
Saya : What the fish! ( dalam hati aje)

Tak faham. Mak abah saya ada kat situ pun dia berani buat! 


Nota Ky : Semua orang bertanya saya bila lagi nak kahwin. Tadi saya senyum-senyum aje sebab malas nak jawab. Esok-esok, saya dah ada idea nak jawab macam mana. Lepas ni, kalau ada orang tanya saya,   " Bila nak kahwin?". Saya nak jawab " Bila bulan jatuh ke riba". Boleh? Senyum :)
+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Friday 3 June 2011

keras hati, hati keras. tidak ada beza pun.

Assalamualaikum.
Pelik baca tajuk entri? Saya pun. Haha.

Hati yang keras, kalau di asuh lembut-lembut, lama-lama pun akan lembut juga kan?
Tapi kenapa hati keras? Kena simen ke? Hahaha. Berdasarkan pengalaman, (ececeh) dan pengiraan saya sebagai budak matematik, setelah di congak menggunakan kalkulator, saya rasa ada beberapa sebab (menurut pandangan saya lah) kenapa kebanyakan hati perempuan ni KERAS.

1. Pengalaman di tinggalkan.
   Percaya atau tidak, setiap wanita yang pernah ditinggalkan, pastinya sukar untuk membuka hati mereka untuk jatuh cinta lagi. Lebih-lebih lagi apabila ditinggalkan kerana adanya pihak ketiga.( Tak kiralah perempuan atau lelaki. Erk!). Biasanya, wanita ini sukar untuk mempercayai mana-mana lelaki lagi. Kepercayaan sudah hilang lantaran kekasih hati yang sangat dipercayai curang dan tak setia.

2. Tidak mahu tertipu.
   Rentetan daripada sebab yang pertama, apabila ditinggalkan, rasa percaya sudah hilang, makanya, wanita itu tentu hatinya keras. Keras dan tak mahu tertipu lagi. Bila rasa tak mahu tertipu ini membelenggu diri, itulah sebabnya wanita ini sukar untuk membuka pintu hatinya.

3. Jual mahal
   Ini paling susah nak faham. Kadang-kadang, orang perempuan ini saja-saja aje nak jual mahal. Almaklumlah muka cantik, pangkat besar. Bila dah ramai lelaki tergila-gilakan sampai gila bayang, lagilah orang perempuan ni besar hati. Mulalah nak jual mahal. Bila dah jual mahal, saham makin naik, maka, hati tu susahlah nak tafsir. Tu yang lelaki kata keras hati.

4. Takut
   Ramai yang saya jumpa kat luar sana (termasuk diri saya sendiri), orang perempuan ni bukannya terlalu keras hatinya, tapi kebanyakannya takut dengan situasi alam perkahwinan yang tak menentu. Err, maksud saya, kes-kes penceraian yang terlalu banyak berlaku, macam dah menjadi suatu acara wajib pula bila cerita-cerita tentang kes penceraian ni tersiar di dada-dada ahkbar. Kadang-kadang kita dengar pasangan yang dah berkahwin selama 30 tahun pun boleh bercerai, tu yang jadi takut tu. Dalam erti kata lain, Fobia.

5. Sikap lelaki
   Emm, yang ni pun salah satu sebab kenapa perempuan keras hati. Mungkin sikap lelaki tu sendiri. Kadang-kadang lelaki ni, dia berkenan pada perempuan tu, nak berkenalan, nak jadikan kekasih hati, pendamping hidup, tapi, sikap yang terlalu mendesak supaya cinta diterima, itu yang buatkan perempuan jadi rimas. Kadang-kadang ada sesetengah perempuan tak suka kalau didesak (macam saya). Hehe. Ada tu pula, bila dah lafazkan kata-kata sayang dan cinta,bila perempuan tu dh cair, dah suka, dia pun buat-buat tak tahu. See, terukkan. So, bila perempuan tu jadi keras hati, jangan komplen pula!

 Itulah sikit pandangan dari saya. Hehehe. Kalau setuju, kasi jatuh itu kepala! :)

Tapi, sekeras-keras hati wanita, nalurinya tetap lembut dan senyumannya sentiasa menyejukkan hari yang bahang. 

Walau apa pun, hati saya tetap keras. Dush! Baik tak payah bagi pendapat! Hehehe. Ikut suka sayalah! :P


Nota Ky : Hati yang keras, terluka dek kerana pengalaman lalu yang cukup memeritkan lagi mengerikan sebenarnya memberi pengalaman baru yang cukup mendewasakan. Menjadikan saya seorang perempuan yang kuat, tabah dan sabar. Hati yang sekarang ini, walaupun lukanya masih terasa tetapi sangat kuat untuk menepis segala godaan. Rahsianya? Senyum.


+ rahSia teTap RahSia +


.:: What comes is better than what came before ::.

Thursday 2 June 2011

Kalau Kau nak jadi diri sendiri, orang lain pun nak juga. Jadi, apa kau nak sibuk?

Assalammualaikum.

Saya cuma nak jadi diri sendiri
Selalu je kita dengar orang cakap macam tu kan?
Semua orang pun nak jadi diri sendiri. 
Al kisah, nak di jadikan cerita, kalau kat Mukabuku tu ramai yang selalu tak puas hati kan? Kadang-kadang kita selalu terbaca status rakan-rakan yang tulis antaranya macam ini :
  1. " Menyampah aku dengan orang yang tulis status jiwang-jiwang ni la"
  2. " Kenapalah orang suka sangat dok tukar-tukar gambar dengan nama. So annoying!"
  3. " Kalau nak buat status, fikirlah perasaan orang lain"
Dan...banyak lagi. Tentu korang semua pun pernah baca kan?
Semua status ni sebab diorang tu menyampah dengan orang lain dalam Mukabuku tu yang buat status ntahapeapentah.

Pada saya la kan, apa yang diorang semua nak tulis, itu semua hak diorang. Kadang-kadang pun menyampah jugak. Tapi rasanya, status tu tak mengacau korang pun kan? 

Kalau korang pun kan, mesti korang akan cakap macam ni : 
" Alaa, biarlah, ikut suka aku lah nak tulis apa kat status aku, FB aku!" 
Betul tak? Kan? Kan?

Bila korang tulis macam-macam kat status Mukabuku korang, pastu ada orang sakit hati, korang akan kata nak jadi diri korang sendiri. Tapi bila orang lain yang tulis macam-macam or wat something kat nama atau gambar kat Mukabuku diorang, korang sibuk-sibuk nak komplen pulak. Apekejadahnya?

Dah namenye Mukabuku, biarlah diorang nak tayang-tayang gambar pun, nak tukar name ke hape. Ke..korang jeles sebab nama diorang lagi best? gambar lagi cantik? Hehehe.

Rasa-rasanya, orang yang banyak komplen tu la yang banyak menjelekkan orang lain. Kalau tak suka, diam-diam aje sudah.
Sudah-sudah lah nak komplen orang lain. Cermin dulu diri sendiri. :)

 Nota Ky: Jangan marah dengan entri kali ini. Ini hanyalah pandangan saya. Saya pun ada Mukabuku, tak letak gambar, guna nama lain, ada orang jeles jugak ke?



+ rahSia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Jangan Menyerah

Assalammualaikum.

Senyum demi melitupi segala duka lara dalam hati. :)
Kuatkan semangat! 

Demi kebaikan untuk semua orang, segala yang berlaku harus diterima dengan penuh sabar dan tabah.

Percaya bahawa setiap kebaikan pasti di akhiri dengan kebaikan jua. 

Jangan selalu mengeluh.
Jangan selalu bermasam muka.
Jangan cepat menyerah.
Jangan cepat mengalah.

Berbuat baik, pasti balasannya baik. InsyaAllah.
Yang penting, berusaha untuk memperbaiki diri.
Peringatan untuk diri sendiri.


Nota Ky: Jangan penat menjaga hati dan perasaan orang lain. Tak salah menggembirakan orang lain di kala kita sendiri tidak gembira. Percaya, setiap senyuman yang dilemparkan, pasti membawa sinar yang kita sendiri tidak tahu bila ia akan padam.


+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday 1 June 2011

Awak memang cool!

Assalammualaikum.

Pagi nie, rasanya macam lain aje. Kenapa? Saya pun tak tahu. Hehehe.
Saya dah dapat satu keputusan terbaik semalam. Apa yang berlaku, bukan kehendak kita. Kalau Allah kata, perkara itu tak akan jadi, maka tak jadi lah. 

Hakikat itu kena terima. Tak boleh lawan. Kalau kita tetap nak kata apa yang kita buat tu betul, makanya kita seperti menidakkan ketentuan Allah. 

Ni nak cerita sikit la.

Sabtu lepas berjumpa dengan kawan sekolah rendah. Kami sama-sama menghadiri majlis perkahwinan teman sekolah rendah juga. Banyak cerita di kongsi. Dan, pastinya hal-hal berkaitan hati akan menjadi topik utama. Biasalah, perempuan. (Lelaki pun macam tu jugak kot?). Kawan saya tu cakap dah tak sabar nak kahwin, tapi dia macam belum ready. Bila dia tanya saya. Saya jawab " Kita takde perasaan pun."

Dan, kami pun berbual-bual.
Watak > Ky : Saya       Nd : Kawan saya
Nd : K, awak still single ke?
Ky : (Senyum). Yup! Kenapa? 
Nd : Takkan takde kot?
Ky : Hehe. Takde. Sungguh! Malas nak fikir dah. 
Nd : Tulaa, dulu ade orang nak masuk minang, awak tolak. Ustaz lagi tu.
Ky : Hehe. Alaa. Benda dah lepas. Ustaz tu pun dah kahwin dah. Hehehe. Alaa, susa la Nad, fobia.
Nd : Ex-bf awak tu dengan that girl macam mana? Diorang dah kahwin ke?
Ky : Takdelah. Diorang dah putus. Parents ex-bf kite tu tak suka. 
Nd : Habis tu, dia takde ke cari-cari awak balik?
Ky : Ada jugak. Masa awal-awal la. Merayu-rayu, menangis pujuk balik. Tapi kite tak layan pun. Tak pernah pun reply mesej or call dia.
Nd : Kenapa?
Ky : Sekali dia dah buat, tak bermakna dia tak buat lagi kan? Susah nak percaya. Lagipun, kite pegang pada satu je. "Kalau kau dah ludah, kau jangan nak jilat balik"
Nd : Kite kagum  dengan awak. Tak mudah terima balik. Memang kagum lah. Sebab ade setengah perempuan kan, cepat cair, susah nak lupa la. Tapi awak memang best la.
Ky : Memang susah lupa. Tapi nak terima balik tu memang susah lah. Sorilah.
Nd : Kawan kite ade sorang tu, dia dah putus ngan bf dia, tapi sambung balik sebab dia sayang giler kat bf dia. Masa putus tu hidup dia tak tentu arah. Macam orang gila. Yang peliknya, dia tahu perangai bf dia tu jahat. Dah tido dengan perempuan lain pun dia sanggup terima. 
Ky : Peh! Dahsyat!
Nd : Dia tunang ngan lelaki tu sebab percaya yang lelaki tu memang jodoh dia. Tak sampai dua minggu lelaki tu eksiden. Meninggal.
Ky : Erk! ( terdiam kejap)
Nd : Dan, dia pernah cakap, hanya maut yang boleh pisahkan dia dgn bf dia. Memang Allah tu maha besar. 
Ky : Yela, ada sebab Allah rencana semua ni, Allah dah bagi petunjuk, kita je yang tak sedar.
Nd : Tulaa. Tapi, kita memang kagum ngan awak K.
Ky : Hahaha. Alaa, kena kuat je.
Nd : Awak memang cool!

Saya cool? Ramai cakap macam tu. Makin semangat. :)


Nota : Semua yang Allah rencanakan dalam hidup ni, ada sebabnya. Kita sebagai manusia harus terima dengan penuh redha. InsyaAllah ada yang lebih baik anugerah dariNya, siapa tahu?


 + raHsia teTap RahSia +


.:: What comes is better than what came before ::.

Monday 30 May 2011

cukup

Saya nekad untuk tidak teruskan ini.
Cukuplah! 
Kita tak mungkin lagi akan seperti dulu.
Saya sedar itu semua.

Dunia kita pincang hanya kerana kesalahan yang sedikit;
Perasaan kita jauh hanya kerana kita tidak saling memahami.
Saya dan kamu memendam rasa,
Ego dan bongkak dengan rasa masing-masing,
Tidak seorang pun mahu mengalah.

Jadi,
Biarlah saya yang pergi,
Pergi jauh dari hidup dan perasaan kita,
Jauh dari rasa yang pernah kamu semaikan,
Benih rasa itu tidak akan tumbuh.
Kontang, kemarau, jangan disalahkan.

Kita sendiri yang tidak mampu meneruskan,
Hanya kerana kita terlalu ego.
Jangan di salahkan prasangka prejudis,
Jangan di salahkan hati saya,
Jangan di salahkan apa pun.
Biarlah rasa sayang ini terus terpahat di sanubari,
Andai kamu tidak mempercayainya..
Saya pasrah.

Dan,
Terima kasih untuk segala apa yang telah kamu berikan,
Terima kasih untuk kasih yang pernah singgah,
Terima kasih untuk sayang yang pernah bertaut,
Terima kasih untuk cinta yang pernah hadir,
Terima kasih.

Kamu,
Andai rindu ini tidak lagi untukmu,
Andai rasa ini bukan lagi buatmu,
Jangan kamu salahkan diri,
Anggaplah jodoh antara kita memang tiada.
Janganlah kamu mencari lagi,
Jangan kamu merayu lagi,
Jangan cuba menitipkan perasaan itu lagi,
Kerana kita tak mungkin bersama lagi.
Saya sudah penat meyakinkan.
Cukuplah.... 


Tak semua harus memiliki dan dimiliki. :)


Nota : Allah tidak pernah mengurniakan kita pasangan yang salah. Tetapi, kita yang menjadi pasangan yang salah.


+ raHsia teTap rahSia +


.:: What comes is better than what came before ::.

bila hati tak lagi untukmu

Assalammualaikum.

Sedar tak sedar dah dekat dua tahun rupanya. Huh! Tak sangka saya sudah jauh dari rasa dan memori itu.
Sungguh bangga ( hidung kembang).

Tak pasti rasa ini betul atau tak. Tapi saya dapat rasa, ianya semakin jauh. Jauh...tak bertempat lagi walau sebesar zarah pun di hati ini. Memori itu semakin luput. Senang cakap, dah nak pupus la habitat dia dalam kepala otak saya ni. 

Baik atau buruk? Opkos la baik kan? 
Apakah hati saya sudah berpindah hak milik? Oh! Tidak. Masih belum. Masih mampu menangkis segala rasa. Tak kita la perisa apa pun. Vanilla, strawberry, coklat, blackberry, even rasa apple pun dapat saya tangkis dengan bulu tangkis. Hehehe. Gurau dan merepek. Ngoks!

Hati saya masih seperti dulu. Keras. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dush! Saya! Sila jangan merepek lagi boleh? Heee~

Hati saya masih seperti dulu. Keras. Tidak mudah menerima dan mengharap pada sesuatu yang belum pasti. Bagaimana? Senang saja, pengalaman. Segala memori terpahat sebagai kenangan. Cukup! Segala memori, cuba di hilangkan agar tidak terkesan lagi pada diri. Dan saya hampir berjaya. Tak pasti dah berjaya ke belum, tapi yakin akan berjaya. InsyaAllah.

Untuk menerima orang lain bukan mudah. Tapi tidak menafikan ada sedikit rasa terdetik di hati merindui seseorang. Ngee~ Rahsia tetap rahsia. :)

Hati ini mungkin bukan lagi untuk si dia yang dulu. Makin hari makin sedar itu. Tenang. Serius.
Oh! Saya memang kuat! Terharu.
Yeay!

Jom layan lagu ini. :) 



menapak jalan yg menjauh
tentukan arah yg ku mau
tempatkan aku pada satu peristiwa
yg membuat hati lara
di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita
reff: cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa
aku junjung petuahmu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia
di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

 Nota : 
  • Semasa menulis entri ini, hati sedang risau. Sangat!
  • Semoga si dia bahagia dan saya pun menemui kebahagiaan itu
  • Takde perasaan lagi untuk membina masjid. Calon pun takde. Ngee~  

 + rahSia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.