Monday 30 May 2011

cukup

Saya nekad untuk tidak teruskan ini.
Cukuplah! 
Kita tak mungkin lagi akan seperti dulu.
Saya sedar itu semua.

Dunia kita pincang hanya kerana kesalahan yang sedikit;
Perasaan kita jauh hanya kerana kita tidak saling memahami.
Saya dan kamu memendam rasa,
Ego dan bongkak dengan rasa masing-masing,
Tidak seorang pun mahu mengalah.

Jadi,
Biarlah saya yang pergi,
Pergi jauh dari hidup dan perasaan kita,
Jauh dari rasa yang pernah kamu semaikan,
Benih rasa itu tidak akan tumbuh.
Kontang, kemarau, jangan disalahkan.

Kita sendiri yang tidak mampu meneruskan,
Hanya kerana kita terlalu ego.
Jangan di salahkan prasangka prejudis,
Jangan di salahkan hati saya,
Jangan di salahkan apa pun.
Biarlah rasa sayang ini terus terpahat di sanubari,
Andai kamu tidak mempercayainya..
Saya pasrah.

Dan,
Terima kasih untuk segala apa yang telah kamu berikan,
Terima kasih untuk kasih yang pernah singgah,
Terima kasih untuk sayang yang pernah bertaut,
Terima kasih untuk cinta yang pernah hadir,
Terima kasih.

Kamu,
Andai rindu ini tidak lagi untukmu,
Andai rasa ini bukan lagi buatmu,
Jangan kamu salahkan diri,
Anggaplah jodoh antara kita memang tiada.
Janganlah kamu mencari lagi,
Jangan kamu merayu lagi,
Jangan cuba menitipkan perasaan itu lagi,
Kerana kita tak mungkin bersama lagi.
Saya sudah penat meyakinkan.
Cukuplah.... 


Tak semua harus memiliki dan dimiliki. :)


Nota : Allah tidak pernah mengurniakan kita pasangan yang salah. Tetapi, kita yang menjadi pasangan yang salah.


+ raHsia teTap rahSia +


.:: What comes is better than what came before ::.

bila hati tak lagi untukmu

Assalammualaikum.

Sedar tak sedar dah dekat dua tahun rupanya. Huh! Tak sangka saya sudah jauh dari rasa dan memori itu.
Sungguh bangga ( hidung kembang).

Tak pasti rasa ini betul atau tak. Tapi saya dapat rasa, ianya semakin jauh. Jauh...tak bertempat lagi walau sebesar zarah pun di hati ini. Memori itu semakin luput. Senang cakap, dah nak pupus la habitat dia dalam kepala otak saya ni. 

Baik atau buruk? Opkos la baik kan? 
Apakah hati saya sudah berpindah hak milik? Oh! Tidak. Masih belum. Masih mampu menangkis segala rasa. Tak kita la perisa apa pun. Vanilla, strawberry, coklat, blackberry, even rasa apple pun dapat saya tangkis dengan bulu tangkis. Hehehe. Gurau dan merepek. Ngoks!

Hati saya masih seperti dulu. Keras. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas. Dush! Saya! Sila jangan merepek lagi boleh? Heee~

Hati saya masih seperti dulu. Keras. Tidak mudah menerima dan mengharap pada sesuatu yang belum pasti. Bagaimana? Senang saja, pengalaman. Segala memori terpahat sebagai kenangan. Cukup! Segala memori, cuba di hilangkan agar tidak terkesan lagi pada diri. Dan saya hampir berjaya. Tak pasti dah berjaya ke belum, tapi yakin akan berjaya. InsyaAllah.

Untuk menerima orang lain bukan mudah. Tapi tidak menafikan ada sedikit rasa terdetik di hati merindui seseorang. Ngee~ Rahsia tetap rahsia. :)

Hati ini mungkin bukan lagi untuk si dia yang dulu. Makin hari makin sedar itu. Tenang. Serius.
Oh! Saya memang kuat! Terharu.
Yeay!

Jom layan lagu ini. :) 



menapak jalan yg menjauh
tentukan arah yg ku mau
tempatkan aku pada satu peristiwa
yg membuat hati lara
di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita
reff: cinta, tegarkan hatiku
tak mau sesuatu merenggut engkau
naluriku berkata, tak ingin terulang lagi
kehilangan cinta, hati bagai raga tak bernyawa
aku junjung petuahmu
cintai dia yg mencintaiku
hatinya dulu berlayar, kini telah menepi
bukankah hidup kita akhirnya harus bahagia
di dekat engkau aku tenang
sendu matamu penuh tanya
misteri hidup akankah menghilang
dan bahagia di akhir cerita

 Nota : 
  • Semasa menulis entri ini, hati sedang risau. Sangat!
  • Semoga si dia bahagia dan saya pun menemui kebahagiaan itu
  • Takde perasaan lagi untuk membina masjid. Calon pun takde. Ngee~  

 + rahSia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

Saturday 28 May 2011

menipu kerana terpaksa agar tidak tertipu.

Assalammualaikum.

Tipu dosa mati seksa.
Pernah dengarkan? Masa kecik-kecik (sampai besar) pun kita dok nyanyi lagu ni kan? Ngee~

Hehehe. Saya jahat kan. Menipu.
Tapi saya tipu bersebab. Sebab saya tak nak tertipu. Logik kan?
Untuk masa depan saya juga.

Tapi, hidung saya tak macam ni :)


Mesti anda semua nak tahu apa kan?
Tak perlu cerita semua. Yang saya hanya boleh bagi tahu. Saya tipu sebab tak nak orang tu menunggu saya. Mengharap pada saya. Hahahaha. Saya tak boleh. Sebab sikap dia. 

Okey. Tu je boleh cerita. Hahaha. Baik tak payah taip. Buang karan. Ngee~

semua pun pernah menipu kan? :)  





Nota :

  • Jangan menipu. Berdosa. 
  • Saya harap tak ada lagi macam ni lepas ni. Saya kah yang bersalah?


.:: What comes is better than what came before ::.

Friday 27 May 2011

Puisi rindu untuk sayangku. Versi : Ntahapeapentah.

Bukan senang nak jatuh hati.
Bukan senang nak jatuh cinta.
Tapi senang nak jatuh terpelecok.
Kamu lah yang buatkan saya jatuh dalam dunia itu.
Saya benci kamu kerana buat saya jatuh dalam dunia itu.
Benci!

Hati saya keras macam batu.
Kamu lembutkan jadi macam span basuh pinggan.
Hati saya mahal, bukan murah macam span basuh pinggan yang RM 0.50.
Kamu jahat! Saya benci kamu!

Kenapa kamu buat saya macam ini?
Biarkan saya merindu. Macam pungguk rindukan bulan.
Tapi saya bukan pungguk! Saya manusia yang rindukan kamu!
Kamu memang jahat! Benci! Benci!

Saya rindu kamu. Kamu tahu tak?
Mestilah kamu tak tahu sebab saya tak bagi tahu.
Dulu pun masa kamu cakap kamu rindu saya,
Saya buat tak tahu kan? 
Oh ! Adakah kamu balas dendam?
Kamu jahat!

Kenapalah saya rindu kamu kan?
Tidak! Kenapa??
Sebab kamu baik. Kamu baik sangat!
Tapi tadi saya kata kamu jahat.
Sebab kamu buatkan saya rindu kamu!
Jahat!

Kamu...
Percayalah,
Saya memang rindu kamu.
Saya tak mungkin rindu Maskedrider tu!
Saya rindu kamu.
Rindu.



Nota : 
  • Puisi ini lahir dari hati yang suci lagi ikhlas.
  • Saya ikhlas mencipta puisi ini khas untuk kamu a.k.a beliau
  • Saya tak jiwang, jadi puisi ini pun tak jiwang. Ngee~.


+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

Thursday 26 May 2011

pangkat, darjat jawatan. Mengapakah??

Assalammualaikum.

Pertama sekali, sila jangan gelak bila baca entri ni. Nampak kebudak-budakan sikit. Hahaha. Saya pun nak gelak pulak. Saya saja wat cam gini. Bosan kan. Kebetulan hari ni ada exam seni. Agak Jeles tengok students melukis. Lalu saya pun mencuba bakat yang tak berapa nak berbakat. (memang takde bakat langsung) Hahaha. Ngee~.

Sila tutup mulut dengan kain kalau nak gelak. Ditakuti mengganggu jiran sebelah kerana mungkin frekuensi bunyi gelak anda melebihi 1000Hz. 

Situasi ini sering berlaku pada zaman sekarang. Kebanyakan wanita sekarang, atau mak abah/mak ayah/ibu bapa/ibu ayah/mama papa etc mesti akan tengok dulu bakal calon suami anak mereka kan? Walaupun anak gadis mereka tu kerja takdelah hebat mana pun.

                                                                          Situasi satu :
Doktor






Situasi Dua :
Jurutera





Situasi Tiga :
Cikgu




Semuanya DITERIMA!! kan? kan? kan?

TAPI.......kalau......

Situasi Empat :

PENOREH GETAH



 Situasi Lima :

TUKANG SAPU   



Semuanya DITOLAK!! kan?kan?kan?

Realiti kehidupan.
Harta kekayaan tak penting. Yang penting hati. Saya? Boleh ke? Hehehe


Nota : 
  • Saya memang tak pandai melukis. Jadi jangan gelak.
  • Lukisan ini tidak ada kena-mengena dengan yang hidup ataupun telah mati.
  • Terima lah pasangan kita seikhlasnya.



+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

Monday 23 May 2011

hati atas air

Assalammualaikum.

Seseorang pernah bagi lagu ni kat saya.
Masa tu saya buat tak tahu je. Tapi, huhuhu. Now, baru sedar erti lagu tu.
Tapi, dah terlambat. Ok. Tak nak cerita sedih. Ngee~
Senyum! Senyum!

Jom dengar walaupun rasanya semua pun dah dengar. Tak kira, DENGAR juga ! Hehehe.




 Nota : Kepada beliau yang tujukan lagu ni kat saya. Terima Kasih. :)




+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

Lelaki idaman semua wanita termasuk saya.

Assalammualaikum.

Hati atas air hari ni. Tapi tetap nak senyum. Hehehe.

Jom tengok ciri-ciri lelaki idaman saya. Erk, idaman wanita. (Saya wanita kan?) Hahaha.

Lelaki Satu : Hensem, Macho, Badan tegap a.k.a Sasa.
Contoh : Fahrin Ahmad


Lelaki Dua : Putih, Muka Jambu, Hensem..ke..hehe
Contoh : Dafi






Lelaki Tiga : Hitam Manis, Macho
Contoh : Azad Jazmin


Lelaki Empat : Hensem, Hidung Mancung, Kelakar
Contoh : Zizan


Lelaki Lima : Hensem, Putih, Pandai Ubat orang cara Islam, Baik
Contoh : Ashraff Muslim


Lelaki Enam : Hensem, Baik, Pandai Ngaji, Imam Muda
Contoh : Imam Muda Asyraff



Mana satu pilihan hati?
Kalau saya yang nombor 5 dan 6.
Sejuk Hati.
Kan? Semua perempuan pun nak macam tu kan?
Tapi, apapun, terpulanglah pada pandangan masing-masing. :)


Nota : Saya minat semua dalam gambar kecuali lelaki nombor dua. Haha. Jahat! Maaf peminat Dafi.



+raHsia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

Sunday 22 May 2011

wajah baru

Assalammualaikum.

Hehehehe. Nak senyum sampai telinga.
Terima kasih banyak-banyak pada my sayang http://inibloghidayah.blogspot.com/


Thanks cayang. Ngee~

I LIKE !!!!!

Sedang Senyum lagiiiiiiiiiiii :)
.:: What comes is better than what came before ::.

Cerita Kehidupan

Assalammualaikum.

Lama juga tak menulis, eh. menaip. Hehehe. =)
Tak ada idea sebenarnya. Tadi tengah basuh baju, tiba-tiba idea datang lepas dengar sebuah lagu. Wahh, dengar lagu pun idea boleh datang?? Ish ish ish.

Bersesuaian dengan tajuk di atas ( tak tahu lah entri kali ini sesuai ke tidak dengan tajuknya ). Hahaha.
Semua orang pastinya inginkan kehidupan yang sangat menggembirakan termasuklah penulis ini. Saya lah =)

Ada ke orang dalam dunia ini yang nak kehidupan sedih, susah, serabut dan macam-macam lagi yang tak berapa best di dengar. Mestilah tak ada kan? kalau ada tu, mungkin ada wayar putus kat dalam kepala brain dia ( baca kepala otak) hehe.

Hidup kita ini ibarat roda, tak semestinya kita selalu kat atas, kadangkala kita kena terima hakikat yang suatu masa nanti kita jua pasti berada di bawah. Semua ini ketentuan Tuhan. Redha.

hidup kita umpama roda :)


Saya percaya ramai yang selalu tidak puas hati dengan perjalanan hidup mereka. Emm, saya pun kadang-kadang macam itu juga, tapi, cepat-cepat saya rewind balik dan fikir bahawa semua yang berlaku adalah ketentuan Tuhan.

@ One @
 Si Polan bin Si Palon : " Kenapalah aku tak kaya macam Datuk XYZ tu. Kan best kalau aku kaya macam dia . Semua boleh beli, Hutang senang je, petik jari je boleh bayar. Lepas itu, dapat isteri cantik. Boleh kahwin empat pulak tu."

Datuk XYZ : " Kan best kalau hidup aku macam Si Polan bin Si Palon tu. Hidup sederhana je. Mesti tak banyak hutang. Aku nie kaya, tapi makin kaya makin banyak hutang pulak. Isteri ada empat, semua kuat shopping. Harap muka je cantik, tapi menghabiskan duit aku."

@Two@
Cik Bunga Tahi Ayam: " Cantiknya Cik Bunga Ros tu. Semua orang suka kan dia. Kalau lah aku cantik macam dia, mesti ramai peminat"

Cik Bunga Ros : " Rimasnya jadi orang cantik nie. Aku bersyukur jadi cantik, tapi kalau dah semua orang pandang, makin banyak dosa aku nak tanggung"

Nampak tak? Berdasarkan dua cerita di atas, saya tahu, anda semua mampu menilai bukan.
Tak semua yang kita nampak indah itu, indah untuk semua orang.

kalau dapat duit banyak macam nie. Tapi hati tak tenagng pun tak guna kan?




Nota :Saya bersyukur dengan apa yang saya ada. Ngee~


+ rahSia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 17 May 2011

Salah

Assalammualaikum.

Tiada apa yang ingin ditulis, diceritakan atau dikisahkan.
Cuma nak kongsi sebuah lagu best. Jatuh Cinta dengan ini lagu.

http://www.youtube.com/watch?v=G71W1bYim_4&feature=related




+ rahSia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

Bercinta Bagai nak rak, berkahwin dengan orang lain.

Assalammualaikum.

Hmmm. Baru-baru ini dapat surat saman. Suspen. Undangan kahwin laa. Dapat kad kahwin.
Dan, terkejutnya, (takdelah terkejut sangat). Hehehe. Bila terbaca nama di kad itu, saya macam kenal dengan lelaki itu. Ya, memang saya kenal. Tapi masa saya kenal dia sedang bercinta dengan kawan saya. Tapi, kahwin dengan orang lain. Huhuhu.

Betul la.
Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Jodoh pertemuan di tangan Tuhan.
Nampak seperti saya tenang saja kan? Ya, memang saya tenang sebab saya sedar itu semua. Pengalaman mendewasakan manusia.

Berpegang pada ungkapan "Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan" menjadikan diri ini kuat dan yakin dengan segala ketentuan. Redha. Cukuplah.

Jadi, kepada yang sedang bercinta, cintailah orang itu sekadarnya sahaja sebab dikhuatiri kita akan membenci orang itu. Dan itu lebih parah.

Rasulullah SAW pernah bersabda :
Cintailah sesuatu itu sekadar saja. Berkemungkinan ia akan menjadi kebencianmu pada suatu seketika. Bencilah yang engkau benci itu sekadar saja, berkemungkinan ia akan menjadi kecintaanmu pada suatu ketika. (al-Hadis).

Perjalanan kita sebagai manusia masih jauh. Jadi berilah yang terbaik. Jangan sedih :)


+rahSia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

Monday 16 May 2011

Selamat Hari Guru

Assalammualaikum.

Hari ini 16 Mei.
Hari paling bersejarah dan bermakna buat seorang yang bergelar pendidik.

Selamat Hari Guru :)

Saya cuma nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru-guru di seluruh Malaysia khasnya dan seluruh dunia amnya. Untuk kakak dan abang saya, juga mak angkat saya. Juga untuk diri saya sendiri :)

Selamat Hari Guru kepada :
  • Cikgu Tadika Kemas Jalan Daud Muar
  • Cikgu Sekolah Kebangsaan Bandar Maharani Muar
  • Cikgu Sekolah Agama Parit Kadhi Muar
  • Cikgu Sekolah Agama Parit Bunga Muar
  • Cikgu Sekolah Menengah (Perempuan) Sultan Abu Bakar Muar
  • Pensyarah Kolej Matrikulasi Melaka
  • Pensyarah Jabatan Matematik Fakulti Sains Universiti Putra Malaysia
  • Pensyarah Universiti Putra Malaysia
  • Semua kawan-kawan yang bergelar guru.

Dan tak lupa untuk rakan-rakan Cikgu di SMK Jalan Junid Muar.

Semoga kita terus berusaha dan berdaya saing dalam membina modal insan pemangkin negara.
Ikhlas mendidik untuk anak bangsa!

Jadilah yang terbaik di antara yang terbaik kerana semua guru adalah yang terbaik.


Selamat Hari Guru. " Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"
.:: What comes is better than what came before ::.

Saturday 14 May 2011

Saya nak awak pula macam nak tak nak. Saya tahu awak marah sebab masa awak nak, saya yang tak nak.


Assalammualaikum.
Panjang sungguh tajuk entri kali ini. Huhuhu. Adakah ceritanya panjang? Tunggu, Lihat dan Baca lah. =)

Seringkali kita dengar ungkapan ' Hargailah orang di sekeliling kita, yang menyayangi kita sementara dia masih ada sebab, bila dia dah tak ada, barulah kita sedar betapa pentingnya dia pada kita'
Ungkapan ini sangatlah sesuai dengan tajuk entri. Hahaha. Siapa makan cili dia terasa pedas. Patutlah sekarang saya rasa pedas je sebab baru lepas makan cili. Ngehngehngeh~

Saya menulis ini bukan untuk saya seorang. tapi juga mewakili semua, yang seangkatan dengannya, yang mengalami pengalaman sebegini rupa. Sungguh dahsyat.

Pengalaman lalu selalunya menjadi tunjang untuk kita melalui masa-masa depan yang belum tentu lagi nampak hasilnya.

Bagi sesiapa yang pernah melalui pengalaman yang mengecewakan, pastinya dia akan menjadi seorang yang terlalu berhati-hati. Pendek kata, seolah-olah keras hati. Hati akan menjadi beku, tapi tidak semestinya akan sentiasa beku sepanjang masa, ada masa cair juga. Tapi yang pastinya, cuma memerlukan sedikit masa untuk menerima sesuatu, bukannya menolak bulat-bulat. Barangkali waktu itu, belum mampu untuk membuat keputusan, maka, di beriya jawapan yang dianggap seperti 'saya tak mahu', 'saya tak suka' dan macam-macam lagi. Maklumlah manusia. Seperti yang pernah saya katakan, tak semua manusia itu sempurna.

Sebenarnya, kita semua perlukan masa dan ruang untuk menerima suatu keadaan baru.
Bila saya kata, 'boleh tak bagi saya masa' maksudnya saya minta awak tunggu saya.
Bila saya kata, 'boleh tak awak tunggu saya' maksudnya saya dah pun bagi jawapan pada awak. Cuma nak awak faham yang saya perlu masa, masa untuk saya bersama awak.
Bila saya kata, 'sanggup tak awak tunggu saya' see, saya dah pun bagitahu awak yang saya perlu awak,cuma saya nak awak sentiasa ada untuk saya.
Tapi, itulah. Manusia suka buat spekulasi tanpa inginkan penjelasan.

Dan sekarang, bila dia diperlukan, dia pula yang buat-buat tak tahu.
Senyum.
Marah dan balas dendam?
Tidak kisah kerana diri ini bukanlah seorang yang lemah seperti dulu. Tidak mengharap dan tidak jua memberi harapan secara terang-terangan ( kalau beri harapan secara terang mesti dia dah faham). Hehehe.

Tapi, nak juga cakap yang ' Hargailah orang yang menyayangi kita'.

Dulu awak nak saya tapi saya tak nak. Sekarang saya dah nak awak, awak pulak tak nak. Lepas ni, saya dah tak nak lagi. Kalau awak nak juga, pandai-pandai lah!

Saya tak pernah berharap dan tak juga memberi harapan. So, kita seri =)

Nota : Jangan merayu-rayu atau apa.



+raHsia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday 11 May 2011

Jangan sesekali buat saya jatuh hati.

Assalammualaikum.

Tiba-tiba rasa nak tulis.
Jangan buat saya jatuh hati sebab sekali saya dah suka dan sayang, susah hati saya dibuatnya. Dan jangan juga buat saya terluka hati sebab sekali saya dah terluka, susah untuk saya sembuhkan luka itu.

Ya! saya memang keras hati. Dan perlu tahu kenapa saya jadi keras hati.
Tapi, saya juga manusia. Dan perlu tahu kenapa saya jatuh hati.

Tapi tak semudah itu. Hati saya bukan untuk di buat lap meja makan, dah pakai jadi kotor. Hati saya perlukan riben untuk dihiasi sebagai hati yang perlu di jaga sebab ianya sangat bernilai.

hati yang hitam, susah nak merahkan balik :P


Sekali hati ini berdarah, selama-lamanya akan tetap menitiskan darah.
So, beware of dog! Erk?!


+rahSia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

Nak cari yang terbaik, tapi diri sendiri pun tak boleh jadi yang terbaik.

Assalammualaikum.

Sedarkah kita bahawa tidak ada satu pun manusia di dunia ini yang terlalu sempurna sifatnya?
Semua orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ada orang pandai nyanyi tapi tak pandai berlakon. Ada orang pandai matematik, tapi tak pandai sejarah. Masing-masing ada bakat tersendiri. Termasuklah sifat-sifat yang ada pada diri seseorang itu.

Tak nak melalut atau merepek panjang-panjang. Cuma nak cerita satu kisah benar. Aip? Semua kisah benar? Dah tu, takkan kisah tipu pulak. Hehehe.

Watak : A-saya    B-kawan saya (lelaki)

B : Oit A, termenung nampak.
A : Bukanlah. Tak nampak ni banyak kerja. Ni datang tempat aku ni mesti ada apa-apa ni.
B : Haha. Laa, saje datang nak jenguk tak boleh ke?
A : Ko nak hantar kad kahwin kat aku ke?
B : Ish mane ada. Aku single lagi.
A : Single? Pelissss! Ko jangan nak tipulah. Aku tahu kisah kau dan dia. Orang bilik bawah kan?
B : (Muka terkejut) Mane ada.
A : Tak payah la nak nafikan. Aku dah tahu. Dah heboh pun satu sekolah.
B : Takdelah. Aku dengan dia biasa-biasa saja.
A : Eh ko! Aku dengar dah tahap serius hubungan korang. Tak baik tipu. Tak baik buat anak dara orang camtu!
B : Haha. Aku biasa-biasa saja. Aku nak cari yang terbaik. Salah ke?
A : Lepas tu, ko ingat dia tu apa? Ko bagi harapan, lepas tu, ko cakap macam ni pula.
B : Aku nak kat ko, ko tak nak. Ko nak cakap macam ni pula. 
A : Bila masa pula? Ko jangan nak cakap bukan-bukan.

Itulah manusia.
Kenapa mesti nak cari yang terbaik sedangkan diri sendiri pun tak mampu jadi yang baik. Sekarang ni, si A dah temui seseorang yang kononnya dapat memberikan dia cinta sejati. Cinta yang sepatutnya berhak diberi kepada kekasih hatinya. Saya bukan cemburu atau apa, saya cuma tak suka bila dia cakap "terbaik". 
Memang betul, semua orang inginkan seperti itu, tapi sila cermin dulu diri sendiri!

Jangan bercakap soal hati dan perasaan kalau diri sendiri pun tak mengerti apa itu hati dan perasaan.
Hati dan perasaan bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang di sekeliling kita juga.

Nota :
  • Saya harap saya tak seperti dia. InsyaAllah. 
  • Saya harap saya tidak mempermain perasaan orang dan saya harap, orang pun tidak mempermain perasaan saya.
  • Tidak semua manusia sempurna. Ada yang muka cantik, hensem, tapi akal tak boleh pakai. 
  • Cinta pada Allah yang akan kekal lama.


+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday 10 May 2011

Kau kata yang bukan-bukan kau memang tak tahu malu.

 Assalammualaikum.
Title di atas sungguh menyeramkan. Mesti rasa macam nak tutup muka dengan kain sampai mati lemas. Merepek lagi. Hehehe.

Entri kali ni macam teruk sikit kan bunyinya. Teruk banyak kot?
Hmmmm. Ada orang kata yang bukan-bukan pada saya ke?Ish ish ish. Teruk sungguh. Ikuti kisah di bawah. Baca sampai habis sambil mulut terkatup. Jangan terlopong, nanti masuk lalat. Kisah ini ada kena-mengena dengan yang hidup. Siapa? Biarlah rahsia.

XY : Awak, hari tu saya mimpikan awak.
XX : Oh, yeke? Mimpi apa?
XY : Tak payah cerita la. Mesti awak tak nak dengar.
XX : Kenapa? Mimpi yang teruk ke? Mimpi yang bukan-bukan?
XY : Kalau saya cerita mesti awak malu dan tak suka dengar. 
XX : Adeh! Ni mesti mimpi yang bukan-bukan ni.
XY : Sebab tu la saya malas nak cerita. Awak nak dengar ke?
XX : Cerita je la. Mimpi apa?
XY : Saya mimpi saya tido dengan awak dan buat ehem-ehem. Saya tak nak cerita lebih-lebih dah.
XX : Adeh! macam mane boleh mimpi macam tu?
XY : Ntahla awak. Rasa macam mimpi budak baru nak baligh. Hehe.

Amacam? Teruja? Ini kisah benar. Sangat menakutkan. Yang menakutkan XY itu sudah berumur 27 tahun.

Saya tak tahu la apa niat dia. Dia memang takde niat nak XX tu fikir yang bukan-bukan. Entahla. Motif XY itu tidak dapat dipastikan secara sahih.

Nota : Sangat takut dengan orang sebegini. Huhu.



+ raHsia teTap RaHsia+
.:: What comes is better than what came before ::.

Monday 9 May 2011

Muka macam cikgu mesti lah dah kahwin.

Assalammualaikum.
Tajuk atas itu.. sungguh poyo bunyinya. Hahaha.
Tajuk atas itu juga sudah mendedahkan sebuah rahsia. Adeh. Hehehe.

Apalah yang saya nak cerita dalam entri kali ni kan? hehehe.

-Cerita 1-
Suatu hari saya masuk kelas tingkatan lima.
"Bangun semua..Selamat sejahtera Puan _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ " (nama saya lah. Rahsia. ) =)
PUAN ? Adeh ! 
"Saya CIK lagi ye, belum kahwin"
"Tipu lah cikgu belum kahwin. Available ke not available? "
" Available " Sambil senyum.
" Tipulah. Muke macam cikgu ni mesti lah dah kahwin "
" Eh?" Sambil buat muka konpius.
" Yelaa, cikgu cantik! Comel! "
" Haha" SENYUM sampai telinga okey. Hahahaha. 

-Cerita 2-

                      "Cikgu, saya teringin nak body macam cikgu"
"Eh?" Konpius kerana saya ini kurus ye macam  lidi. 
"A'a cikgu. Saya gemuk"
" Eh,takde lah, ok la body awak ni." Serius, body dia memang ok.
" Tapi kalau dapat body cam cikgu lagi best, boleh pakai macam-macam baju"
" Haha, awak ni."
" Kalau saya jalan berdua dengan cikgu, mesti orang ingat saya kakak sebab cikgu lagi comel"
" Takla, mugkin orang ingat awak makcik kot" Sempat saya buat lawak padahal nak cover muka yang dah merah sebab kena puji. Ngee~
-Cerita 3-

"Cikgu, cikgu umur berapa?"
" 35"
"Tipulah cikgu, cikgu umur 25 kan?"
" Dah tahu kenapa tanya?" Senyum.
" Cikgu ni comel sangat. Saya suka tengok cikgu"
"Hehe. Terima kasih" 
Okey, my cheek is turning red. =)

-Cerita 4-

" Cikgu, I nak cakap sikit"
"Apa dia?"
" Cikgu, you sangat comel " Pengakuan jujur dari seorang pelajar India.
Muka saya merah lagi. 

Hahaha. Penceritaan yang penuh ke'poyo'an. kan? kan?

Sebenarnya, banyak lagi, tapi malas nak cerita, nanti dikatakan riak dan poyo.
Bukan nak riak, nak kongsi pengalaman saja. =)

Nota :
  • Semua cerita di atas berlaku di sekolah baru tempat saya mengajar. Sekolah lama, tak usah cerita la. Macam-macam ada.
  • Seronok jadi pendidik. =)


+ raHsia teTap RahSia+
.:: What comes is better than what came before ::.

Sunday 8 May 2011

Selamat Hari Ibu

Assalamualaikum.
Entri kali ini, saya khaskan untuk mak saya. Err..mak saya tak baca pun. Bukan apa, mak tak pandai nak guna internet. Hehe..

Apa-apa pun. pagi tadi saya dah pun meng'wish' hari ibu kepada mak saya. Siap berebut-rebut dengan kakak siapa yang lebih dulu wish kat mak. Tapi, saya sedih sangat sebab, sekarang ini, saya tiada di sisi mak saya. Masa saya telefon mak saya, saya tahu dia sedih sebab anak-anak jauh dari dia. Tapi, kerana doa mak stiap masa untuk kami, kami sentiasa dapat rasa yang mak sentiasa ada disisi untuk kami adik-beradik.

keluarga bahagia pemangkin kesejahteraan ummah. :)


Mak, saya sayangkan mak.

Mak telah bersusah payah, bertarung nyawa untuk melahirkan saya. Tapi, mak tak pernah rasa susah. Mak kata, mak bangga sebab dapat lahirkan saya yang comel. ( saya comel jugak). Hehehe. Ingat lagi mak cerita
yang saya dah terlebih hari duduk bertapa dalam perut mak tak nak keluar-keluar. Hehehe. Bila dah keluar, tak nak minum susu pula. Mak dah keluar hospital, saya masih lagi duduk dalam hospital. Siap masuk dalam kotak warna hijau lagi. Hehehe. Mak kata, lepas seminggu kat hospital, barulah saya boleh keluar. Dari kecil dah nampak degil kan? Sampai dah besar, dah boleh kahwin, pun saya masih degil. Tapi, saya baik. ngeee~


Saya masa kecil-kecil memang budak yang nakal. Tapi nakal budak dulu-dulu lain. Perangai tak usah cakapla, macam tomboy. Hehehe. Mak bising juga sebab perangai macam budak lelaki. Tapi mak tak pernah
pun rasa susah mendidik saya.

Emm..tak dapat bayangkan kalau mak tiada kat sisi. Bila berjauhan macam sekarang pun dah terasa sangat sedih.

Mak, terima kasih mak. Segala pengorbanan mak tak mungkin dapat saya balas. Kalaupun saya berharta, berpangkat dan berkuasa, tak akan dapat saya tebus dan balas pengorbanan mak dan abah kerana pengorbanan mak dan abah tidak ternilai. Lebih berharga dari emas, berlian. Dari kecil sampai lah saya dah dewasa, dah berjaya, semuanya kerana mak dan abah. Doa mak dan abah sentiasa mengiringi kehidupan saya. Bersyukur kepada Allah kerana saya mempunyai mak dan abah yang tiada tandingannya.

Kalau hendak diceritakan bertapa banyaknya pengorbanan mak dan abah, memang tak akan habis. Saya percaya semua anak-anak yang baik, yang mengingati ibu dan ayah mereka akan dapat rasai bahawa setiap pengorbanan ibu dan ayah mereka  tak akan dapat dibalas. Jasa ibu dan ayah kita tak akan dapat dibalas dengan harta. Apa yang patut kita lakukan hanyalah mendoakan kesejahteraan kedua-dua ibu bapa kita, dan memberikan kasih sayang yang tidak terhingga untuk mereka.

doakanlah kesejahteraan untuk kedua ibu dan bapa. itu lebih baik. :)


Mak..Abah..
Adik sayang mak dan abah. Sangat-sangat!!!!

Ya Tuhan. Kau kurniakan RahmatMu dan berilah kesejahteraan yang berpanjangan untuk kedua ibu bapa ku. Amin.



+ raHsia teTap RahSiA +
.:: What comes is better than what came before ::.

Sunday 1 May 2011

semua orang tidak sangka yang saya kuat.

Assalammualaikum.
Tajuk di atas itu lain macam saje bunyinya kan? haaaa..jangan fikir yang bukan-bukan okey. hahaha.
Sebenarnya, cerita ini dah basi dah. Cerita dah lama. Tapi sebagai pengalaman dalam kehidupan, tak salah untuk saya kongsi kan? mana lah tahu, boleh jadi semangat untuk orang lain. Senyum :)

Apa kena mengena pengalaman dengan kuat ye? adakah saya dah minum kacip fatimah? hahahaha. Tidak sama sekali. Kuat disini bukanlah kuat dari segi itu ye. Apa "itu" itu? Tteeetttt!! hahahaha. Gelak lagi. Kuat yang saya nak ceritakan ini ialah kuat dari segi emosi. ( Tapi bergantung pada situasi juga ). haha.

minum ini kuat lain kot. :P


Hmmm..mesti anda semua tertanya-tanya, apalah yang budak perempuan tak berape nak comel ni nak cerita. Dari tadi asyik merapu saja. (saya memang kuat merapu.kelebihan saya kot? hehe). Sabar sayang-sayang sekalian. Okeh, kita mula bercerita. Baca baik-baik ye. Silent kan handphone anda.

Pengalaman yang lalu sangat-sangat mematangkan saya. (yeke sangat-sangat? macam tak berapa nak sangat saje) hehe. Pengalaman yang pernah kita lalui selalu menjadi inspirasi untuk kita teruskan hidup kita kan. Tapi, ada sesetengah orang yang tidak dapat menerima pengalaman lalu sebagai suatu pengalaman untuk mereka teruskan hidup, sebaliknya merasakan pengalaman itu terlalu pahit untuk mereka ingat. Pengalaman cinta biasanya sukar untuk semua orang terima sekiranya cinta itu berakhir dengan sebuah perpisahan. Lebih-lebih lagi perpisahan yang sangat menyakitkan.

Itulah yang saya nak ceritakan. (laaa, baru mukadimah saja) hahaha. 

Saya jua pernah mengalami perasaan, pengalaman seperti itu. Putus cinta. Hmmm,sangat sakit. Sakit dalam hati. Tapi, kalau orang tengok saya dari segi zahirnya, pasti ramai yang tidak percaya bahawa saya dapat melaluinya dengan baik ( walaupun kadang-kadang saya sendiri terasa lemah) sebab saya ini kecil, kurus dan lembik saja orangnya. Macam mana saya boleh lalui dengan baik? Sebab saya selalu fikir untuk orang lain. Fikirkan juga ada orang lain yang lebih teruk pengalamannya dari saya.
saya memang kurus, tapi tidaklah seperti ini. haha. :)


Tipulah kalau saya kata saya tidak menangis, saya tidak sedih, tipu itu semua. Saya juga menangis, meratapi perpisahan itu. Menyalahkan diri sendiri dan dia yang pernah bertakhta dihati saya. Setiap malam, saya juga merenung photo-photo kami ketika bersama, sebelum tidur mengingati kembali kenangan manis kami. Saya buat semua itu ketika perpisahan menerjah kehidupan saya dan dia yang pernah bertakhta di hati ini. Saya juga tidak kuat untuk menangkis semua itu pada awal perpisahan kami. Tapi percaya atau tidak, saya cuba untuk bangun, cuba kuatkan semangat saya, cuba untuk tidak meratapi perpisahan itu sebab saya juga yang rugi.
kalau saya kuat seperti ini. pasti tiada lelaki yang mahu bukan? haha
 

Apa yang buatkan saya kuat? Sebab saya ingat lagi kata-kata dia untuk saya. Dia kata saya lemah. Itu yang paling saya ingat sampai sekarang. Tapi, saya berterima kasih pada dia sebab kata-kata itulah yang buatkan saya kuat, lebih kuat dari yang dia sangka. Kuat sehingga dia yang pernah bertakhta di hati saya sendiri tidak mampu untuk merubah kembali perasaan saya. Kuat sehingga dia yang pernah membuatkan saya menangis, akhirnya menangis kembali hanya kerana saya, perempuan lemah yang pernah singgah di hatinya. Tapi, saya tiada niat untuk balas dendam, apatah lagi untuk melihat dia merana. Tidak! Saya bukan perempuan seperti itu. Saya sentisa mendoakan yang terbaik untuknya, mendoakan kebahagiaan dia, mendoakan ada insan yang terbaik untuknya. Semua itu saya zahirkan dalam doa-doa selepas solat. Dan yang penting, saya ikhlas mendoakannya.


Awak memang ada dalam hati saya, tapi bukan yang pertama.

Apa agaknya perasaan anda seandainya orang yang anda sayang dan cinta menyatakan hal itu kepada anda? Pasti sakit bukan?.

Tapi, biarlah sakit itu datang sekarang, daripada datang di hari kemudian. Saya bangga sangat dengan diri saya sebab saya dapat lalui semua ini dengan baik. Kuat. Hinggakan, dia sendiri pernah berkata kalau dia mempunyai kekuatan seperti saya, sudah pasti dia tidak seperti ini. Saya tersenyum riang ketika itu. Bukan kerana dendam, tapi kerana dia sedar diri akhirnya. Sedar yang saya bukanlah selemah yang dia sangka!


Cuba anda bayangkan kehidupan ibu tunggal. Tanpa suami. Bagaimana mereka boleh lalui kehidupan seperti itu? Peristiwa yang berlaku terhadap jiran saya yang kehilangan suami secara tiba-tiba ( suaminya meninggal tanpa sakit) membuatkan saya terfikir, kalau jiran saya tabah menghadapinya, mengapa tidak saya? Sedangkan saya belum ada apa-apa ikatan lagi dengan lelaki itu. Itulah yang menjadi kekuatan saya. Pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain.

Saya juga sering dipersalahkan dalam segala hal yang berlaku.. Tapi, saya tidak pernah melenting. Saya lebih rela berdiam diri. Membiarkan semua orang menuding jari pada saya. Biarlah, hanya saya yang tahu sebab, dan mengapa semua ini berlaku.

Kenapa saya tak rasa bahagia dengan dia? Awak tak restui hubangan kami ke? 

Kenyataan ini sangat mengguris hati apatah lagi dari orang yang pernah kita sayang. Restu bukan dari saya, tapi dari ibu dan bapa dan juga dengan izin Allah.

Saya bukan nak mintak simpati atau apa, saya cuma nak berkongsi pengalaman ini pada semua yang dah ada pengalaman ini tapi masih belum dapat menerima hakikat. Marilah kita bangkit, biarkan pengalaman lalu menjadi kenangan paling indah dalam hidup kita. Yang penting, doakan kebahagiaan orang yang kita sayang, insyaAllah, kita jua akan bahagia. Ingatlah, segala apa yang berlaku ada hikmahnya. Semua orang inginkan kebahagiaan, begitu juga saya. Semoga suatu hari nanti, saya temui lelaki yang baik dan ikhlas menyayangi saya hanya kerana Allah, insyaAllah.
hehehe. berkahwin dengan siapa?



nota : 1) tulisan berwarna pink itu mesej yang pernah saya dapat. sakit bukan?
         2) Sekarang ini, saya semakin okey. :)





+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.