Saturday 30 April 2011

..semanGat baru..

assalammualaikum.
Agak lama juga tidak menulis, eh, menaip di sini. Almaklumlah, masa yang tidak mengizinkan. (Tapi kenapa online Facebook boleh pula). haha.

Tiada apa yang ingin ditaipkan disini. Apakah ayat saya ini. Sebenarnya ada yang ingin ditaip,kalau tak, tak adalah saya menaip. Okey,saya juga pening dengan ayat saya. hahaha.

Semangat baru? apakah itu? sejenis biskut?gula-gula?jajan yang boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan? Oh! Tidak, semangat baru ialah suatu yang datang dari dalam hati saya. Ececeh! hahaha.

Saya sekarang, seperti yang telah sedia maklum, berjauhan dari keluarga ( tapi sekarang di kampung, balik!) yahuuuu. Sepanjang keberjauhan saya dari keluarga, hidup saya umpama tiang yang tak kukuh, bergoyang-goyang apabila ditiup angin ( kenapa tak cakap umpama pokok saja?). Semangat saya hilang, pudar, musnah. Wahhh, melampaunya! Tidak, semangat saya luntur sedikit kerana tiba-tiba sahaja dapat berita kena tukar. Maksudnya, persediaan dari segi mental itu tidak ada. Tapi, inilah namanya kehidupan kan. Kalau tak, sampai bila nak duduk dengan mak saja. ( ayat ini untuk menyedapkan hati yang sedang berduka lara).


Tapi Alhamdulillah, lama-kelamaan, saya cuba untuk bangkit, fikirkan hikmah di sebalik apa yang telah dan bakal berlaku. Setiap yang berlaku, adalah ujian dan dugaan yang datang dari yang Maha Esa. Setiap perancanganNya untuk hambaNya pasti ada tujuan yang kita sendiri tidak tahu dan tidak layak untuk mempersoalkannya. Sebagai hamba, saya ingatkan pada diri saya, sentiasa sabar dan redha dengan setiap yang berlaku. Bukankah, orang yang selalu didatangi dengan pelbagai ujian dan dugaan ialah orang yang sangat beruntung. Ini kerana, Allah selalu disamping orang-orang yang didatangi dugaan dariNya.


Mak dan abah juga selalu dan sentiasa memberi sokongan kepada saya. Atas sokongan itulah saya berusaha untuk bangun dan kuatkan semangat saya seperti dulukala. (lama sangat ke?) hahaha. Dugaan yang datang ini, tak sama seperti dugaan putus cinta. (eceh,dia mula dah,dia mula dah) okeh diam. hahahaha.

Saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada pada saya sekarang ini. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti, ada yang lebih baik untuk saya. Siapa tahu kan? Jadi, marilah kita bersama-sama bangun dan mempunyai semangat baru agar hidup kita lebih ceria dan gembira. Janganlah sedih-sedih lagi.

Senyum.

+ raHsia teTap RahsiA +
.:: What comes is better than what came before ::.

Sunday 17 April 2011

..kesedihan..

setelah sekian lama saya tidak menulis apa-apa di blog saya sendiri, hari ini, rasa ingin menulis, meluahkan perasaan yang sekian lama menghantui diri ini. wahhhh. macam blog genre seram pulak.

entah kenapa sejak akhir-akhir ini saya terasa sesuatu mengganggu emosi saya. sangat terganggu. rasa kerinduan, kehilangan, marah, macam-macam lagi.

mungkin saya berada di tempat orang. jauh dari keluarga. ya, saya sudah jauh dari kelurga. mencari rezeki halal di tempat orang. di negeri kelahiran, tetapi bukan daerah kelahiran. saya selalu merindui keluarga saya. terutama mak dan abah. berjauhan dari mereka memang sesuatu yang sangat menyeksakan. nampak saya seperti budak kecil,tetapi, inilah hakikat, dari dulu pun memang saya tak boleh. masa belajar, setiap malam saya akan telefon mak saya melalui public phone. sangat berjasa public phone ketika itu. hmmmm..

saya rasa sangat kesepian di tempat yang jauh dari keluarga. sangat keseorangan. ditambah pula dengan masalah-masalah lain. saya betul-betul tertekan. sangat tertekan. murung.

saya sedih sangat-sangat. minggu ni memang pulang kekampung halaman. tapi, mak dan abah tak ada pun. tapi, sekurang-kurangnya dapatlah ketenangan. cuma, bila petang ini nak balik ke sana, saya rasa tak best langsung. arghhhh. sangat tertekan kembali.

sudah tidak sabar menunggu cuti sekolah yang lama. minggu depan pun terasa seperti setahun. tak kira la macam mana pun, saya tetap akan balik walaupun sehari. huh!!
.:: What comes is better than what came before ::.