Friday 27 May 2011

Puisi rindu untuk sayangku. Versi : Ntahapeapentah.

Bukan senang nak jatuh hati.
Bukan senang nak jatuh cinta.
Tapi senang nak jatuh terpelecok.
Kamu lah yang buatkan saya jatuh dalam dunia itu.
Saya benci kamu kerana buat saya jatuh dalam dunia itu.
Benci!

Hati saya keras macam batu.
Kamu lembutkan jadi macam span basuh pinggan.
Hati saya mahal, bukan murah macam span basuh pinggan yang RM 0.50.
Kamu jahat! Saya benci kamu!

Kenapa kamu buat saya macam ini?
Biarkan saya merindu. Macam pungguk rindukan bulan.
Tapi saya bukan pungguk! Saya manusia yang rindukan kamu!
Kamu memang jahat! Benci! Benci!

Saya rindu kamu. Kamu tahu tak?
Mestilah kamu tak tahu sebab saya tak bagi tahu.
Dulu pun masa kamu cakap kamu rindu saya,
Saya buat tak tahu kan? 
Oh ! Adakah kamu balas dendam?
Kamu jahat!

Kenapalah saya rindu kamu kan?
Tidak! Kenapa??
Sebab kamu baik. Kamu baik sangat!
Tapi tadi saya kata kamu jahat.
Sebab kamu buatkan saya rindu kamu!
Jahat!

Kamu...
Percayalah,
Saya memang rindu kamu.
Saya tak mungkin rindu Maskedrider tu!
Saya rindu kamu.
Rindu.



Nota : 
  • Puisi ini lahir dari hati yang suci lagi ikhlas.
  • Saya ikhlas mencipta puisi ini khas untuk kamu a.k.a beliau
  • Saya tak jiwang, jadi puisi ini pun tak jiwang. Ngee~.


+ raHsia teTap RahSia +
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment