Saturday 30 April 2011

..semanGat baru..

assalammualaikum.
Agak lama juga tidak menulis, eh, menaip di sini. Almaklumlah, masa yang tidak mengizinkan. (Tapi kenapa online Facebook boleh pula). haha.

Tiada apa yang ingin ditaipkan disini. Apakah ayat saya ini. Sebenarnya ada yang ingin ditaip,kalau tak, tak adalah saya menaip. Okey,saya juga pening dengan ayat saya. hahaha.

Semangat baru? apakah itu? sejenis biskut?gula-gula?jajan yang boleh menyebabkan obesiti atau kegemukan? Oh! Tidak, semangat baru ialah suatu yang datang dari dalam hati saya. Ececeh! hahaha.

Saya sekarang, seperti yang telah sedia maklum, berjauhan dari keluarga ( tapi sekarang di kampung, balik!) yahuuuu. Sepanjang keberjauhan saya dari keluarga, hidup saya umpama tiang yang tak kukuh, bergoyang-goyang apabila ditiup angin ( kenapa tak cakap umpama pokok saja?). Semangat saya hilang, pudar, musnah. Wahhh, melampaunya! Tidak, semangat saya luntur sedikit kerana tiba-tiba sahaja dapat berita kena tukar. Maksudnya, persediaan dari segi mental itu tidak ada. Tapi, inilah namanya kehidupan kan. Kalau tak, sampai bila nak duduk dengan mak saja. ( ayat ini untuk menyedapkan hati yang sedang berduka lara).


Tapi Alhamdulillah, lama-kelamaan, saya cuba untuk bangkit, fikirkan hikmah di sebalik apa yang telah dan bakal berlaku. Setiap yang berlaku, adalah ujian dan dugaan yang datang dari yang Maha Esa. Setiap perancanganNya untuk hambaNya pasti ada tujuan yang kita sendiri tidak tahu dan tidak layak untuk mempersoalkannya. Sebagai hamba, saya ingatkan pada diri saya, sentiasa sabar dan redha dengan setiap yang berlaku. Bukankah, orang yang selalu didatangi dengan pelbagai ujian dan dugaan ialah orang yang sangat beruntung. Ini kerana, Allah selalu disamping orang-orang yang didatangi dugaan dariNya.


Mak dan abah juga selalu dan sentiasa memberi sokongan kepada saya. Atas sokongan itulah saya berusaha untuk bangun dan kuatkan semangat saya seperti dulukala. (lama sangat ke?) hahaha. Dugaan yang datang ini, tak sama seperti dugaan putus cinta. (eceh,dia mula dah,dia mula dah) okeh diam. hahahaha.

Saya bersyukur sangat-sangat dengan apa yang ada pada saya sekarang ini. InsyaAllah, mungkin suatu hari nanti, ada yang lebih baik untuk saya. Siapa tahu kan? Jadi, marilah kita bersama-sama bangun dan mempunyai semangat baru agar hidup kita lebih ceria dan gembira. Janganlah sedih-sedih lagi.

Senyum.

+ raHsia teTap RahsiA +
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment