Saturday 11 June 2011

Sedih, sunyi, sepi, air mata menitis lagi.

Assalammualaikum.

Sejak semalam saya dah rasa sangat-sangat sedih. 
Hati ini rasa jauh sangat. 
Tak tahu lah jauh kemana. 
Tapi sangat jauh.

Rembesan air yang bagaikan mutiara itu mudah merembes.
Tatkala hati dan jiwa dirundung duka.
Kesepian dan kesunyian yang sangat menyiksa jiwa.
Entahlah, terkadang, lebih baik kegembiraan tidak datang,
Jika hanya mengundang duka selepas itu.

Sepi, sunyi dan sedih.
Walaupun saya dah biasa dengan suasana perasaan ini, 
Tapi....
Sekali ia datang menerjah, sakitnya bak sembilu menusuk jiwa.

Sangat tidak suka bila kesunyian datang menerpa. Tapi tetap kena kuat mengharunginya walaupun kadangkala rasa ingin mengaku kalah.

Kegembiraan pasti akan datang lagi menenggelamkan kesedihan ini.
Namun, keperitan melalui kesedihan ini pasti akan selamanya terasa.
Semoga saya tetap tabah dan kuat mengharunginya.

Ya Allah Ya Tuhanku,
KAU bantulah aku Ya Tuhan.
Bantulah aku dalam mengharungi hebatnya dugaan-Mu.
Tabahkan hatiku melalui besarnya cabaran-Mu.
Hanya Kau tempat untuk ku berlindung Maha Esa.

Diri sendiri pun kadangkala tidak faham hati ini.



Nota Ky : Tak semua yang indah itu akan terus menampakkan keindahan dan kegembiraan. Kadangkala, kita perlu persiapkan diri untuk menghadapi rasa kesunyian yang mendatang selepas keindahan itu berlalu. Ia pasti berlalu.



+ raHsia teTap RahSia +

.:: What comes is better than what came before ::.

6 comments:

  1. lautan ada pasang surutnya;
    tangga pun ada turun naiknya;
    siang turut ada malam sebagai gantinya.
    Kalau hidup ni tiada lawannya,
    tak menarik juga,bukan? =)
    Iya,
    sepi selepas indah itu sakit.
    Namun masa selalunya pengubat segala.
    Tabahlah menghadapinya.
    Chill,babe! =)

    ReplyDelete
  2. Trimas!
    kadang2 rasa nak mengaku kalah.
    tapi disebabkan hidup ini berlawanan,dan saya belum pernah menang, jadi saya tak nak mengaku kalah.
    perasaan ni dah lama sebati dalam diri, tapi, kadang-kadang, bila diri dah tak dapat nak menampung, meletup juga mungkin. :)
    apa-apa pun, tolong doakan saya tabah ye. :)

    ReplyDelete
  3. nisa, nk cedok sajak ni yer? xnk bg pon akak nk amik gak. hee :D

    ReplyDelete
  4. err..kak mas, sila lah amik, nk cedok ke, nk tuang or segala bagai, saya tak kesah. sajak ke nie. ni sebenarnya luahan hati di suatu tika dulu. hehehe

    ReplyDelete