Monday 27 June 2011

fikir baik-baik sebelum kamu menyesal

Assalammualaikum

Dear me,

Menyesal tak sudah!

Itulah. Ikutkan sangat kata hati. Bila benda dah jadi, baru nak menyesal.
Walaupun takde niat apa-apa, tapi, kalau harapan yang sangat diharapkan itu semakin menggunung, mana kamu nak lari?
Jangan nanti kamu di gelar seorang yang tak kenang budi. Tidak! Tak sanggup termakan budi.

Jauh sudah perjalanan itu. Takkan kerana nila setitik, rosak susu sebelanga?
Takkan kerana seorang yang dulu itu, dendam kesumat sampai kiamat pun tak akan tamat?
Sedarlah wahai diri, dendam bukan penyelesaian kepada segala masalah yang sedang kamu hadapi.
Lihat!
Kamu sendiri rasa menyesal yang teramat wahai diriku. Sekarang, apa yang kamu harus lakukan?
Berterus-terang? Gila! Nanti kamu akan di hina. Cukup-cukuplah kata-kata nista yang pernah dilemparkan kepada kamu. Hati ini tak akan sanggup dan mampu untuk menahan luka sembilu itu lagi.

Wahai diri.
Kamu sedarlah sebelum terlambat. Jangan kerana peristiwa lalu, kamu masih belum mampu melunyaikan dendam kesumat itu. Tak semua spesies mereka sama perangai. Jadi, usah dipermainkan perasaan suci insan yang tidak bersalah itu. Kalaupun bukan dia pilihan kamu, jangan dibuka laluan ke dalam hati kamu wahai diri. Jangan juga sesekali biarkan hati mereka bagai ais mencair mengharap suatu perasaan suci yang lahir dari hati kamu.

Wahai diri, mulai hari ini, tika dan saat ini, ratakan kembali harapan yang sudah kamu tinggikan. Buangkanlah gelora di hati mereka yang tidak bersalah itu.

Kamu harus ingat wahai diri, hukum karma pasti berlaku.
Kamu pernah melaluinya sekali. Dan kamu sudah pun rasai keperitannya yang tiada tolok bandingan.
Tidakkah kamu simpati andainya apa yang kamu lalui itu dirasai jua oleh insan lain? Dan yang paling dahsyat, ianya disebabkan kamu! Jangan wahai diri! Jangan lakukan itu.

Ingat!
Kamu pernah berjanji tidak akan biarkan insan lain turut mengalami apa yang pernah kamu rasakan.
Hentikanlah.


Nota Ky : Orang yang paling lemah ialah orang yang selalu ikutkan kata hati dan emosi. Gunakan akal yang ALLAH beri. Fikirlah yang mana baik dan buruk.


+ raHsia teTap RahSia + 

.:: What comes is better than what came before ::.

2 comments:

  1. kemaafan itu dendam yang terindah. =)

    ReplyDelete
  2. itulah.
    akal sudah memaafkan tapi kadang2 hati masih belum melupakan.
    takut sangat kalau semua ni,suatu hari nanti makan diri sendiri.
    sebeanrnya, perkara yang lama tu dah dapat dilupakan pun, cuma tak tahu kenapa jadi macam ni.
    Sedang cuba perbaiki diri. =)

    ReplyDelete