Wednesday 6 June 2012

kebahagiaan demi kebahagiaan

assalammualaikum.

Di suatu petang yang damai ini, saya teringat pertanyaan seorang kawan.
Masa dia tanya tu, saya cuma membalas jawapannya sekadar dengan sebuah senyuman sahaja.
Senyuman yang cuma untuk menutup gundah di hati

Soalan yang cukup menusuk kalbu. Ruang hati ketika itu, sempit yang sesempit sempitnya.
Sebab tu saya hanya mampu tersenyum.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya.

Sedih ke saya? Saya pun tak tahu.
Biarpun perkara tu dah tiga tahun berlalu, tapi kenangan tetap kenangan kan?

Situasi yang sama macam Nora Danish.

28 April 2012-- Si dia yang pernah beraja di hati menuju kebahagiaan bersama permaisuri hati. :)
Cantik, dan nampak baik sangat orangnya.
Alhamdulillah dia menemui yang lebih baik berganda-ganda dari saya.
:)

Ye! Saya senyum kan?

Bila ada orang tanya...
 " Kau tak sedih ke?"
"  Apa yang kau buat? Kenapa kau macam rileks je?"

Senyum. Patut kan?

Sedih?
Untuk apa? Ye tak? Kalau saya sedih pun, takkan boleh ubah apa-apa kan?

Apa yang saya buat? Nak tahu?

Kalau Nora Danish, dia pergi umrah kan?
Saya?
Saya berdoa setiap kali lepas solat, doakan kebahagiaan dia bersama insan yang dia pilih. Berdoa semoga dia sentiasa bahagia, dan berdoa juga semoga saya pun menemui kebahagiaan seperti dia. Lepas itu, bacalah al-Quran untuk tenangkan jiwa saya. InsyaAllah. Takyah pergi jauh-jauh.
ALLAH sentiasa dekat dengan kita kan?

Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dia kerana kebahagiaan dia kebahagiaan saya juga.



.:: What comes is better than what came before ::.

2 comments:

  1. be strong sis.. moga nisa pon cpt2 gapai kebahagiaan =)

    ReplyDelete
  2. insyaAllah.
    kuatlah.
    semoga segalanya dipermudahkan.
    TakeCare,dear. =)

    ReplyDelete