Wednesday 25 July 2012

Merungut Itu Masalah Besar

Assalammualaikum.

Sedar tak sedar dah 5 hari kita berpuasa kan. Alhamdulillah.
Petang tadi pergi bazar Ramadhan. Macam-macam ada. Nasib baiklah tak terlalu ikutkan nafsu makan, kalau tak, mau habis semua kat bazar tu. Hehehe. Sebenarnya, kali ni nak sangat tulis pasal tajuk atas tu iaitu merungut. Dah lama dah dipendamkan. Tapi, atas pemerhatian, nak cerita jugak tentang ni.

Merungut tu adalah salah satu tanda yang kita sebagai hambaNya ini tidak bersyukur dengan apa yang ada. Kalau hari hujan, kita akan kata " Haish, hujan pulak..susahlah nak jalan"
Kalau panas pun kita akan merungut and kata " Aduh, panas pulak. Dah tak tahan dh ni"
Nampak tak? Apa yang tak kena. Hujan salah, panas pun salah. Itulah tanda kita tak bersyukur. Saya mengaku, saya pun kadang-kadang ada jugak merungut macam-macam, tapi, bila fikir-fikir balik, saya rasa saya nie hamba Allah yang teruk. Yang tak tahu bersyukur. Jadi, saya kadang-kadang rasa menyampah dengan orang yang tiap-tiap hari dalam hidup dia asik nak merungut je. Boleh kata setiap saat. Jangan tak percaya sebab saya dah jumpa dengan orang yang macam ni, dan ini sangat merimaskan. Kenapa boleh jadi macam ni ek?

Saya mengaku, saya pun ada buat rungutan, tapi sangat jarang sebab saya akan fikir positif. Kalau lah anda semua berdepan dengan orang yang setiap masa dalam hidup dia asik nak merungut je, apa yang anda akan buat? Nak tegur, dia katanya kita macam-macam. Susah kan?

Kenapa perlu merungut? Sebenarnya, setiap masalah, halangan, atau apa saja, pasti ada jalan penyelesaiannya. Saya nak kongsi sikit la kan. ini adalah kisah daripada orang yang suka sangat merungut tu.

Kalau pergi kelas, dia akan kata "Penatnya,ngantuknya".
Kalau nak buat kelas ganti sampai petang dia akan kata " Eeee penatlah! Banyak lagi kerja nak buat. Assignment,bla..bla.."
Tapi....kalau pergi shopping, berjalan masuk kedai tengok baju sana sini sampai petang. Takde pulak nak merungut. Pelik.

Kalau kena bayar duit kelas, bayar duit yuran maktab, nak beli kertas, buku dan sebagainya keperluan belajar, dia akan kata " Banyak betul duit nak pakai, dahlah elaun sikit, macam-macam nak kena beli"
Tapi...kalau beli tudung online,jam online, baju online yang harga cecah ratusan ringgit tu, dia tak pula kata apa2, cuma dia kata, puas hati sebab dapat beli.

Kalau lecturer mengajar kaedah pengajaran, dia akan cakap " Pelajar kat sekolah bising, berbual, bercakap, taknak dengar kata,jadi objektif saya tak tercapai"
Tapi...dalam kelas, masa lecturer sedang mengajar, dia tu la yang paling banyak bercakap, berborak, gelak-gelak. Tak hormat lecturer, so macam mana anak murid nak hormat dia balik. betul tak?

Kalau badan berisi sikit, dia akan kata "Alamak! dah gemokla, nak kurusla, nak beli mcm2 suppliment la"
Tapi..kalau kawan dia kurus dia akan cakap "Kau ni kurusla. tak makan ke?sakit ke?"
Saya rasa macam nak bagi pelempang 8 keturunan je. 

Pelik kan? Tu baru sikit, banyak perkara yang menjadi rungutan.
Inilah masalah orang yang suka sangat fikirkan masalah orang lain sedangkan masalah dia sendiri pun dia tak dapat selesaikan. Sebab tu dia suka merungut, dia ada banyak masalah. Kenapa? Sebab suka sangat fikir benda remeh-temeh, hal orang. Itulah manusia yang tak pandai bersyukur.

Solusinya, sentiasalah berfikiran positif. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Jangan asik nak merungut. Memang tak selesailah masalah tu.
Macam kita kata " Laparlah.." takkan nak duduk diam. Amik nasi, makan! 

Apapun emosi anda yang dijaga dengan baik; ia akan tumbuh menjadi lebih kuat dan akhirnya menang. Jika anda menjaga dengan positif, anda akan menjadi positif. Begitu juga di sebaliknya, dan bermulalah satu pembinaan habit negatif yang boleh menimbulkan kanser yang membawa padah.




Elakkan lah diri kita dari selalu merungut! Bersyukur kepada Allah.





.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment