Saturday 19 March 2011

..ikHLaS..~~

salam. kali nie, saya nak cerita pasal ikhlas. hmmm, selama ni, kite sedar tak yg kite ni sebenarnya ikhlas atau tak dalam melakukan sesuatu pekerjaan. mungkin, kite rasa, yang kite dh seikhlas-ikhlasnya melakukan sesuatu itu yg kononnye dtg dr hati. saya pun slalu tertanya2, ikhlas ke saye buat tu,ikhlas ke sy sygkan dia, ikhlas ke sy puji org tu. hmmmm.. saya sndiri pn tak tau. namun, jauh di sudut hati, sy sentiasa berdoa supaya setiap ape yg sy lakukan, sy sentiasa ikhlas. kat sini, saya nak kongsi sikit cara-cara utk kite tau ikhlas ke tidak kite nie. yg nie, sy dpt dr sebuah blog. klu nak tau lbih lanjut, sumenye ade kt blog tu. >>> http://ldkkemas.blogspot.com/2010/11/delapan-tanda-ikhlas.html

nie ialah lapan tanda yang kita IKHLAS

1. keikhlasan hadir bila kita tidak mahu akan populariti
++ maksudnye, kalau kita lakukan sesuatu, kita tak harap la yang kite akan dikenali ramai. contohnye, kita derma berjuta-juta pada rumah kebajikan, tak payah la nak panggil wartawan kan. siap masuk tv. kalau nak menunjuk2 tu, tak ikhlas la tu.

2. keikhlasan hadir bila kita mengakui yang diri kita sendiri sebenarnya banyak kekurangan
++ maksudnye, org yg ikhlas nie akan rasa yg diri dia byk lagi kekurangan. dia tak rasa yang ape dia buat tu dh mencukupi. dia takkan rasa semua tanggungjawab yg Allah beri pada dia dh dilaksanakan dgn sempurna. dia akan merasa kekurangan(belum cukup amal yg dia buat)


3. keihklasan hadir ketika kita cenderung untuk menyembunyikan amal kebajikan
++ yg nie, pada pendapat sy, lebih kurang same mcm yg pertama. kite buat sesuatu bkn sekadar untuk menunjuk-nunjuk tapi cume mgharapkan keredhaan dari Allah.

4. keikhlasan hadir saat anda tidak ada masalah sekiranya dipilih sebagai pemimpin.
++ untuk yg keempat nie, saya ade dua pandangan. yang pertama, seandainya kite dipilih sebagai pemimpin, kite tidak akan teragak-agak utk menerima bkn kerana harta atau pangkat tetapi untuk kebaikan sesuatu. contohnye, seorang menteri dipilih utk menjadi perdana menteri, seharusnya beliau rela hati menerima tanpa rasa terpaksa demi utk menjaga kesejahteraan negara. yang kedua, pada pndangan saya, saat kite dipilih sebagai pemimpin, tak kirelah ketua negara ke, ketua kampung ke, ketua tingkatan ke, kite menerima itu sebagai tanda tanggungjawab dan amanah, bukan kerana harta atau pangkat. maklumler, jadi ketua nie, elaun dia lebih. ngee~

5. keikhlasan hadir saat kita lebih mengutamakan keredhaan Allah berbanding keredhaan manusia
++ maksudnye, segala yang kita lakukan semuanya hanyalah kerana Allah bukan kerana manusia. contohnye, menyayangi seseorang hanya kerana Allah, bukan kerana kecantikan org tu dan sebagainya. contoh paling mudah, kalau di sekolah, tiap2 pagi jumaat, msti kena baca Yassin. kalau kita baca surah Yassin tu kerana untuk dptkan keredhaan Allah, insyaAllah, kite ikhlas membacanya, tapi kalau kerana terpaksa sbb cikgu suruh baca dan semua kawan-kawan pn baca ( kalau tak baca nnt, kne cop tak pandai bace ) ,maka, tiadalah keikhlasan kita kat situ.

6. keikhlasan hadir saat anda cinta dan marah kerana Allah.
++ apa yang kita lakukan adakah semata-mata kerana Allah. kalau kita suke sesuatu semuanya kerana Allah, dan kalau kita marahkan sesuatu pun semuanya kerana Allah.

7. keikhlasan hadir saat anda sabar terhadap segala ujian dari-Nya
++ kita selalu diuji dengan pelbagai ujian dan dugaan dari Allah, seandainya kita sentiasa redha dan sabar dengan ujian dari-Nya, maka, sangat2 la beruntung sebab kita tergolong dlm org yg sentiasa ikhlas. biarpun susah dan jauh lagi jalan yang perlu kita tempuhi, tapi kite sntiasa sedar bahawa Allah sentiasa bersama kita dan sebab itu lah dia sentiasa menguji kita dengan pelbagai ujian. Allah sentiasa menguji hamba-hambaNya yang sabar. ujian yang datang dari Allah bermakna Allah tidak pernah melupakan kita.

8. keihklasan hadir saat kita turut bergembira dengan kelebihan yang dimiliki oleh orang lain
++ maksudnye, kite tidak pernah mempertikaikan sesuatu yg telah ditentukan Allah. kalau jiran kita beli perabot baru, kereta baru, tak perlulah nak cemburu, sebaliknya kite blh katakan, itu sudah rezeki dia. betul, memang susah untuk kita melihat kelebihan orang lain. tapi, percayalah, setiap ape yg berlaku adelah ketentuan Allah. rezeki masing-masing. :)

sekiranya ade salah silap dlm menulis tentang ikhlas, saya mohon maaf, dan harap agar, kite sama-sama dapat betulkannye. :)

hmmm.. itule 8 tanda kita ikhlas. so, pasni, buatlah sesuatu dengan ikhlas. :)
kalau kamu rasa saya comel, kamu mmg ikhlas. hehehe. :P

rasa skema pulak tulis cmnie. ngee~


++ rahSia tEtaP RaHsia ++
.:: What comes is better than what came before ::.

No comments:

Post a Comment