Sunday, 22 July 2012

tabahkan hati

Assalammualaikum.

Sejak akhir-akhir nie, banyak sangat dugaan yang saya tempuhi dan lalui. Terlalu banyak sampaikan saya rasa saya dah lakukan banyak sangat dosa sehinggakan ini mungkin hukuman Allah kepada hamba-Nya seperti saya ni.

Ya Allah, aku tak mohon untuk Kau ringankan beban yang aku lalui, aku mohon kau tabahkan hatiku untuk aku menempuhi semua dugaan yang Kau berikan padaku.

Betul kata orang, cuma ibu yang memahami perasaan anaknya kan. Saat saya menulis titipan dalam blog ni, air mata saya mengalir. Ya, saya menangis.

Walaupun mak tak tahu apa masalah saya, tapi mak tahu yang saya sedang mengalami saat-saat yang sangat menyedihkan dalam hidup saya. Mak tahu, mak tahu perasaan saya, mak tahu hati saya, mak tahu segalanya.
Saya tak cerita pun pada mak, bukan mak tak mahu dengar, tapi saya memang seorang yang sangat perahsia. Mak tahu dan faham.

Mak cakap " Mak tahu anak mak. Mak dapat rasa ada sesuatu yang tak kena. Mak tahu adik tak happy. Mak tahu. Mak tahu adik takkan cerita apapun pada mak. Mak tahu adik kuat. Mak tahu anak mak dah tempuhi macam-macam dugaan yang berat. Tapi adik tak pernah mengalah. Mak bangga sebab anak mak kuat. Doa banyak-banyak pada Allah agar berikan adik kekuatan. Jangan minta Allah ringankan beban tu sebab, kalau minta mcm tu, tapi kita masih rasa terbeban dengan masalah kita, kita jadi lemah. Mohon pada Allah agar diberi semangat dan tabahkan hati supaya dapat menempuhi dugaan dari Dia."

Betul apa yang mak cakap tu. Terima Kasih mak sebab faham adik.

I love my mak!!
*sambung nangis*
.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday, 18 July 2012

positif

Assalammualaikum

Tak baik menceritakan keburukan orang lain kan, mengaibkan orang lain.
Kalau kita mengaibkan orang lain, yakinlah bahawa, keaiban kita lebih terserlah sebenarnya.

Saya!!
Sabar...tenang..rileks ok!!

Biarlah orang tu macam mana pun. Ingat tak semua orang sempurna.
Kalau kita rasa dia teruk, cuba pandang diri kita dan ke bawah, mungkin sebenarnya kita lebih teruk dari dia.
Jangan pandang ke atas, nanti kita akan rasa kita ni terlalu sempurna sedangkan tak ada manusia yang sempurna.

Jadi, lapangkan dada, jauhi sifat dengki, buruk sangka dan dendam.

Think positive!! Always!!
:)
.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday, 27 June 2012

Mabuk

Assalammualaikum and hye :)

Bulan Ramadhan dah tak lama lagi je akan tiba. Tahun ni bakal sambut Ramadhan sebagai seorang pelajar lgi. Rasanya dah 4 tahun saya puasa sebagai orang biasa. Hehehe. Rasa macam syok juga sambut puasa sebagai pelajar. Tapi, banyak dugaan. Lebih-lebih lagi bila jauh dari keluarga. Jauh ke? lalalala~

Apapun, yang penting, bulan ramadhan itu sendiri. Amalan yang kita bawa sepanjang Ramadhan. InsyaAllah, Ramadhan kali ni akan membawa banyak erti dalam hidup saya.

Sebenarnya kan, saya kan, rindu sangat kat seseorang. Saya rasa dia ade kredibiliti lelaki yang saya suka. "Kamu yang di hati". 
Hehehe 


Betul, semenjak 4 tahun yang lepas, dia saje yang berjaya meruntun hati. Adoiyai!
Mabuk!!!!

Tapi...
Saya taknak pasang harapan, impian or ape pun.

Ikutlah arus semasa.
Ajal, maut, ketentuan jodoh semuanya di tangan Allah.

:)
.:: What comes is better than what came before ::.

Tuesday, 19 June 2012

Kamu yang dihati

Assalammualaikum

Hati saya..memang untuk dia.
Hanya dia yang mampu membuatkan hati saya berbunga-bunga.

Saya lepaskan yang lain hanya kerana dia.
Kalaupun dia tak suka saya, tak mengapalah.
Sudah takdir, Jodoh bukan untuk kami.



.:: What comes is better than what came before ::.

pulagu

Assalammualaikum

Dah tiga hari berada di hostel. Aduh.
Before cuti aritu, dah tanam azam nak lebih bersemangat untuk semester 2 ni.
Tapi, tak tau knape, 3 hari sebelum balik hostel setelah cuti selama 3 minggu, rasa lemah sangat.
Rasa macam tak nak balik, tak sedap hati dan macam-macam lagi laa.

Bila sampai depan pintu gate je, macam ada aura negatif kat sini. Entahlah.
Hari pertama balik hostel dah macam-macam kejadian tak diingini dan tak diduga berlaku.
Semangat jadi lentur. Sedih sebab kena berjauhan dengan mak abah.
Tak tau laaaaa nak cakap macam mana.
Memang tak boleh nak digambarkan dengan kata-kata.

Hari pertama pergi kelas. Masih takde mood. Ditambah pulak dengan berita yang menyakitkan hati.
Tambah lagi dengan perkara yang paling ditakuti terjadi, tapi terpaksa dilalui juga.
Betul-betul penuh dengan dugaan. Memang hari pertama sangat down!!!

Hari kedua, semangat dah okey sikit.
Tapi adela something yang tak kena. Kadang-kadang buat-buat lupa dengan semua masalah untuk sementara waktu. Dapat lupa sesaat pun dh cukup.
Nak tak nak kena tempuhi juga.

Esok? Harap-harap semua berjalan lancar.
Dapat tau pulak, boleh PBS kat kampung halaman. 2 minggu sebelum cuti raya. Seronok laaa.
Boleh puasa kat umah!!!

Dan, paling tak sabar, Jumaat ni nak balik rumah!!

PULAGU oh PULAGU.
hmmmm...


.:: What comes is better than what came before ::.

Wednesday, 6 June 2012

kebahagiaan demi kebahagiaan

assalammualaikum.

Di suatu petang yang damai ini, saya teringat pertanyaan seorang kawan.
Masa dia tanya tu, saya cuma membalas jawapannya sekadar dengan sebuah senyuman sahaja.
Senyuman yang cuma untuk menutup gundah di hati

Soalan yang cukup menusuk kalbu. Ruang hati ketika itu, sempit yang sesempit sempitnya.
Sebab tu saya hanya mampu tersenyum.

Hanya Allah yang tahu perasaan saya.

Sedih ke saya? Saya pun tak tahu.
Biarpun perkara tu dah tiga tahun berlalu, tapi kenangan tetap kenangan kan?

Situasi yang sama macam Nora Danish.

28 April 2012-- Si dia yang pernah beraja di hati menuju kebahagiaan bersama permaisuri hati. :)
Cantik, dan nampak baik sangat orangnya.
Alhamdulillah dia menemui yang lebih baik berganda-ganda dari saya.
:)

Ye! Saya senyum kan?

Bila ada orang tanya...
 " Kau tak sedih ke?"
"  Apa yang kau buat? Kenapa kau macam rileks je?"

Senyum. Patut kan?

Sedih?
Untuk apa? Ye tak? Kalau saya sedih pun, takkan boleh ubah apa-apa kan?

Apa yang saya buat? Nak tahu?

Kalau Nora Danish, dia pergi umrah kan?
Saya?
Saya berdoa setiap kali lepas solat, doakan kebahagiaan dia bersama insan yang dia pilih. Berdoa semoga dia sentiasa bahagia, dan berdoa juga semoga saya pun menemui kebahagiaan seperti dia. Lepas itu, bacalah al-Quran untuk tenangkan jiwa saya. InsyaAllah. Takyah pergi jauh-jauh.
ALLAH sentiasa dekat dengan kita kan?

Saya sentiasa mendoakan kebahagiaan dia kerana kebahagiaan dia kebahagiaan saya juga.



.:: What comes is better than what came before ::.

Sunday, 3 June 2012

Tabahlah wahai hati

Assalammualakum.

Lama tak update. Konon macam nak selalu update. Tapi, adoi, sangat sibuk. Ceh!
Tak banyak yang nak dikongsi. Almaklumlah, saya kan perahsia. (ceh, baik kau tak payah buat blog)- kata korang dalam hati. kan?kan?kan?

Sebenarnya, banyak sangat dugaan, masalah dan macam-macam yang saya kena lalui. Tapi, saya menguatkan semangat untuk melaluinya. Kalau dulu saya boleh tabah ( sampai kawan2 pun tak percaya), takkan sekarang saya nak mengalah pulak kan?

Hmmm, aik, mengeluh nampak? huhuhu. bukan mengeluh, tarik nafas tu. huhuhu

Just nak bagitau, hati saya gundah-gulana.
Sangat!

Tapi, saya gagahkan juga.

Setiap yang berlaku ni ujian dari Allah. Saya redha, saya terima.
Sebab, saya percaya dan yakin dengan apa yang Allah dah aturkan untuk saya.
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Kena tabah! InsyaAllah



.:: What comes is better than what came before ::.